Sihat

Tular Wanita Maut Akibat Renjatan Elektrik Ketika Guna Kerusi Urut, Polis Sahkan Berita PALSU

KERUSI URUT

Terbaharu, satu hantaran di Facebook yang mendakwa seorang remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah disahkan tidak benar.

Penyebaran maklumat tidak sahih di media sosial boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutama apabila melibatkan dakwaan kejadian kemalangan atau kehilangan nyawa.

Baca juga: Hidap Down Syndrome & Kanser Leukemia ALL-B, Adik Comel Ini Berjaya Tamatkan Rawatan Kemoterapi & Imunoterapi

WANITA MAUT RENJATAN ELEKTRIK GUNA KERUSI URUT ADALAH PASLU

KERUSI URUT

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mengesahkan pihaknya tidak menemui sebarang kejadian seperti yang didakwa selepas siasatan dijalankan.

Menurut beliau, pihak polis menerima satu laporan pada jam 7.50 malam semalam berhubung penyebaran pautan hantaran berkenaan di platform Facebook.

Susulan itu, siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan sama, Naazron memaklumkan bahawa pihak polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut atau ingin mendapatkan penjelasan lanjut dinasihatkan supaya membuat rujukan melalui saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KERUSI URUT

Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-8911 4222.

Masyarakat turut diingatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sesuatu maklumat yang belum disahkan kesahihannya bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.

Baca juga: Lahir Tanpa Identiti Ibu Bapa Kandung, Anak Angkat Diiktiraf Sebagai Warganegara Malaysia

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×