Dapur

“Ini Bukan Bekal, Tapi Buffet!”– Isteri Bekerja Sempat Masak Lauk Meriah Setiap Subuh, Bahagia Suami Makan Sampai Licin!

bekal makanan untuk suami

Bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab di rumah, lebih-lebih lagi apabila perlu menyediakan bekal makanan untuk suami sebelum memulakan hari bekerja.

Namun, perkongsian seorang wanita di Threads mencuri perhatian ramai apabila dia menunjukkan hidangan yang disediakan buat suaminya sehingga ada yang berseloroh mengatakan bekal tersebut kelihatan seperti bufet.

Baca juga: Asyik Terbayang ‘Osmanthus Milk’ Air Tangan Luke Dalam C-Drama Viral The Early Spring? Ini Resipinya!

ISTERI BEKERJA KONGSI BEKAL MAKANAN UNTUK SUAMI YANG MERIAH LAUKNYA

bekal makanan untuk suami

Gambar: Threads @aisyahkmrlzmn

Menerusi hantaran akaun Threads @aisyahkmrlzmn, wanita itu berkongsi beberapa gambar bekal dengan pelbagai jenis lauk yang disediakannya untuk suami yang bekerja di Kuala Lumpur, manakala dirinya pula bekerja di Selangor.

Sambil berkongsi rutin tersebut, dia berseloroh bertanyakan kepada warga maya sama ada usahanya itu boleh dianggap sebagai satu pencapaian tertinggi.

“Bekal suami buat pergi kerja, ini consider titik apa guys? hehehe, btw saya seorang yang bekerja juga,” tulisnya.

Suami hantar gambar bekas makanan kosong, isteri rasa berbunga

Bagi wanita berkenaan, usaha menyediakan makanan buat suami terasa lebih bermakna apabila mendapat penghargaan daripada insan tersayang.

Malah, dia berkongsi bahawa suaminya menghantar gambar bekas makanan yang sudah kosong selepas menikmati hidangan yang disediakan.

“Dapat gambar dari suami, cakap “thank you mama masak sedap-sedap, kenyang daddy” rasa berbunga,” tulisnya.

Ucapan ringkas itu cukup membuatkan hatinya gembira, apatah lagi apabila suami menunjukkan penghargaan terhadap masakan yang disediakan.

Perkongsian tersebut turut memperlihatkan bagaimana perhatian dan penghargaan kecil antara pasangan boleh memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.

bekal makanan untuk suami

Gambar: Threads @aisyahkmrlzmn

Siap buat persiapan malam, mula memasak seawal 6.30 pagi

Apa yang lebih menarik perhatian ialah rutin wanita itu yang perlu menguruskan masa dengan baik untuk menyiapkan bekal sebelum ke tempat kerja.

Menjawab pertanyaan seorang pengguna yang ingin tahu cara menyediakan makanan seawal pagi, dia mendedahkan bahawa persiapan bahan masakan dilakukan pada malam sebelumnya.

“To be honest, saya 10 malam dah siapkan prep nak masak esok pagi, 6:30am bangun masak, pukul 7am siap masak. Kemudian akak mandi sesiap anak dan pergi kerja juga. Semua hidangan akak masak pagi itu juga,” kongsinya.

Menurut perkongsiannya, semua hidangan dimasak pada pagi yang sama sebelum dia menguruskan persiapan diri dan anak untuk ke tempat kerja.

Rutin itu membuatkan ramai kagum kerana dia masih berusaha menyediakan makanan buat suami meskipun mempunyai komitmen kerjaya sendiri.

Warga maya puji usaha isteri

bekal makanan untuk suami

Gambar: Threads @aisyahkmrlzmn

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang terhibur melihat jumlah hidangan yang disediakan, manakala sebahagian lagi memuji kerajinan wanita berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Sis please ya jangan nak misinformation sangat. Ini bukan bekal, ini buffet namanya. Semoga jannah untuk sis (and family),” @hanifshawn.

Seorang lagi pengguna, @ftrhathrh, turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila tetap menyediakan bekal untuk suami walaupun perlu bekerja awal.

“Sama la sis , kita bekerja pukul 7.30 pergi dah. Tapi tetap nak buatkan bekal untuk suami hari-hari. Kadang-kadang bawa lebih untuk kawan-kawan dia juga sebab suka masak,” katanya.

Sementara itu, @fieyq_ah9 meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang mampu menyediakan makanan untuk keluarga di samping bekerja.

“I sangat salute wanita bekerjaya yang masak lauk breakfast, lunch, dinner. You wanita hebat sebab saya tak serajin itu,” tulisnya.

Ada juga yang menganggap sokongan dan penghargaan daripada pasangan boleh menjadi pendorong untuk seseorang terus melakukan perkara yang membahagiakan keluarga.

Perkongsian ini secara tidak langsung mengingatkan bahawa setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang. Bagi sesetengah orang, menyediakan makanan mungkin perkara biasa, tetapi usaha dan penghargaan yang diberikan boleh menjadikan rutin harian itu lebih bermakna.

bekal makanan

Gambar: Threads @aisyahkmrlzmn

Sumber: Threads @aisyahkmrlzmn

FT Image: Threads @aisyahkmrlzmn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×