Asuh

7 Tips Memilih Tadika. Apa Kriteria & Panduan Terbaik?

131
SHARES
7 Tips Memilih Tadika. Apa Kriteria & Panduan Terbaik?

Apa Tips Memilih Tadika?

Tadika bukan setakat tempat belajar ABC, ejaan atau belajar suku kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia lebih kepada membentuk sahsiah diri di samping sebagai persediaan ke sekolah rendah pada umur 7 tahun nanti. Jika ada yang mahu hantar anak ke tadika Cina, kena belajar Bahasa Mandarin dan Bahasa Kantonis pula. Itu kita akan bincang dalam entri yang lain. Boleh dapatkan senarai tadika di Malaysia di sini.

Sebenarnya, ada banyak faktor pemilihan tadika yang perlu diambil kira. Kami sertakan panduan pilih tadika yang elok untuk anak-anak kita. Antara kriteria yang penting ialah:

guru-tadika-cikgu-tadika-bertauliah

1. Guru bertauliah

Pastikan guru yang mengajar anak kita benar-benar bertauliah. Pelajar cilik berbeza perangainya dengan pelajar dewasa. Guru dan tenaga pengajar yang bertauliah sudah semestinya telah menjalani kursus khas untuk menangani kanak-kanak. Pastikan guru ini mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Mereka lebih memahami psikologi kanak-kanak.

Guru ini juga mesti tahu buat rancangan pengajaran harian untuk tadika mereka. Ingat, tugas guru tadika bukan mudah. Bukan yang asal boleh sahaja!

2. Modul pengajaran & kurikulum

Perjalanan dan aturan pembelajaran mengikut umur kanak-kanak bergantung pada kurikulum. Ada tadika yang mempunyai kurikulum yang sama untuk setiap francais. Ada yang mempunyai kurikulum sendiri. Baca betul-betul apa yang ditawarkan dan bakal diajar pada anak kita. Usah tangkap muat. Modul pembelajaran tadika mestilah yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan anak-anak kita dengan latihan yang sepatutnya.

Foto Kredit: asydhia.blogspot.com

Foto Kredit: asydhia.blogspot.com

3. Penerapan agama Islam

Kita bukan hanya untuk ajar anak untuk perkara dunia sahaja. Tidak salah jika pandai Berbahasa Inggeris. Cuma cuba tambah lebih nilai dengan dapatkan tadika yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran. Selesai sesi pembelajaran, ada juga tadika yang menawarkan pembelajaran Iqra’ seawal umur 4 tahun. Jangan lepaskan peluang ini. Daripada terbazir masa anak bermain yang bukan-bukan, lebih baik mereka belajar ilmu agama.

4. Lokasi

Mungkin dalam satu taman, tiada tadika yang menarik minat kita. Terpaksa pergi ke taman sebelah. Ibu-bapa mesti bijak memilih tadika yang sesuai dan berdekatan dengan tempat kerja. Jika ada apa-apa masalah, boleh kembali ke tadika untuk melihat anak.

Foto Kredit: myblogblink.blogspot.com

Foto Kredit: myblogblink.blogspot.com

5. Yuran bulanan

Ada tadika yang melampau-lampau harganya. Ada yang sederhana harganya. Ada juga yang murah. Tepuk seluar, tanya poket! Tadika yang mahal belum tentu bagus. Tadika yang murah tidak semestinya tidak bagus.Ramai yang memilih KEMAS kerana murah. Ada juga yang sanggup berhabis ribuan ringgit, bayar ikut semester di tadika swasta. Katanya, “Alaaa… tak kisah.. untuk anak-anak juga”.

Seperkara lagi, fikirkan tentang jumlah keseluruhan kos kerana adakah termasuk kos penghantaran van dari rumah ke tadika, dan dari tadika ke sekolah? Adakah yuran mengaji berasingan?. Adakah yuran ‘daycare’ juga lain? Apa yang penting, ikut kemampuan. Tiada organisasi yang memantau harga yuran bulanan tadika setakat ini. Kena rajinkan mulut bertanya.

6. Pemilik tadika

Kalau tadika kerajaan, sudah tentu pemiliknya adalah Kerajaan Malaysia. Kenapa pilih tadika swasta? Cuba bertanya dan kenal-kenal dengan pemilik tadika. Adakah beliau seorang ‘business man’ atau ‘business woman’ semata-mata? Pernah nampak mereka bersama anak-anak? Kalau pemilik tadika hanya mementingkan keuntungan dan tidak mahu luangkan masa dengan tadika mereka sendiri, kena fikir dua kali. Cari tadika yang pemiliknya mempunyai ‘passion’ pada pendidikan awal kanak-kanak. Jika berani, boleh tanya apa objektif mereka membuka tadika?

Foto Kredit: tadikasriayu1.blogspot.com

Foto Kredit: tadikasriayu1.blogspot.com

7. Keadaan tadika

Berbalik pada isu jika pemilik tadika yang hanya memikirkan untung semata-mata, tentu sekali mereka akan buat acuh-tak-acuh pada keselesaan anak-anak. Ada bilik yang sempit. Ada yang berbau. Ada perabot dan kerusi meja yang sudah lusuh. Ada pula siling bocor. Bukannya apa, kita mahu anak kita selesa dalam proses pembelajaran sehari-hari. Tambahan lagi, jika tidak selesa dan tidak bersih, kita tidak mahu anak kita dihinggapi penyakit.

Cuba lawat tadika itu terlebih dahulu. Lihat sendiri dengan mata kasar. Jangan dengar kata orang. Biar kita lebih puas hati.

Selepas baca artikel ini, jika belum baca, kami sarankan anda lihat senarai tadika di Malaysia untuk buat perancangan terbaik!.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×