40 Minggu

5 Tips Berpantang Selepas Bersalin Caesar. Tak Gemuk, Boleh Slim Balik!

1.3K
SHARES
Tips berpantang selepas bersalin caesar

Kebanyakan wanita yang bersalin dengan kaedah Caesarean punyai kadar yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk selepas bersalin.

Kenapa?

Salah satunya adalah kerana terbatasnya peluang untuk berpantang secara normal dan strict. Luka pembedahan di bahagian rahim itu perlu dijaga dengan baik supaya tidak terkena risiko infection, bernanah, jahitan terbuka dan sebagainya. Walaupun cuma terzahir luka di bahagian kulit, harus diingat masih ada 6 lapis jahitan tersembunyi di bahagian dalam.

Tips berpantang selepas bersalin Caesar (pembedahan)

Bersalin secara pembedahan bukan bermakna kita harus redha saja menjadi gemuk. Harap bertenang semua. Tak perlu terjun bangunan sebagai tanda protes tak boleh kurus. Jom kita cuba bahagian berpantang mana yang boleh dipraktikkan.

1. Berparam, jangan ingat ini zaman moden tak perlu guna

 

Param adalah sejenis campuran herba yang boleh memanaskan badan. Zaman tok gajah dulu, param ni ditumbuk dilumat. Jenuh juga nenek-moyang kita nak buat. Tapi sekarang zaman senang. Pergi kedai jamu, dah siap set berpantang yang complete pelbagai jenama.

Angkat jari telunjuk dan tunjuk saja set mana yang anda nak di atas rak. Sekarang param ada dijual dalam bentuk losyen.

Sapu losyen param di seluruh badan, terutamanya bahagian perut. Kita akan rasa seluruh badan panas. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena param di bahagian luka pembedahan kalau tak nak menangis tersedu-sedu tahan sakit pedih.

2. Minum air kunyit

Tips berpantang selepas bersalin caesar

Foto Kredit: cantikalamiku.com

Kunyit hidup dihiris-hiris dan rebus bersama sedikit asam keping. Pertama kali minum boleh meleleh air mata. Tapi sebab nak cantik kurus dan badan macam kerengga, gigihkanlah juga telan sampai habis. Sehari minum 3 cawan. Ya, selamat menangis.

Air kunyit ini elok untuk buang angin dalam badan. Suami-suami tak payah buat muka macam ada
bencana alam kalau isteri asyik kentut dan sendawa. Redha katanya.

3. Pakai bengkung, jangan degil

7 Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Secara Tradisional!

Foto Kredit: bianca.embracinglabor.com

Bengkung yang berlilit-lilit bersimpul segala bagai tu sebenarnya lebih elok dari bengkung korset. Cara yang betul pakai bengkung adalah semasa berbaring. Tapi hati-hati dengan kawasan luka bedah. Selagi luka belum kering, elakkan dari pakai bengkung metutup bahagian luka sebab takut kulit berpeluh dan luka boleh terkena infection.

Bengkung lebih elok dipakai lepas badan disapu param supaya badan lebih panas. Tapi haruslah stress bila pakai bengkung sebab serba-serbi pergerakan terbatas. Nak jalan terkangkang-kangkang? Lupakanlah.

Anak sulung berlari buat onar dalam rumah? Redhalah bagai Redha Airways. Memang mencabar bagi sesiap yang berpantang seorang diri. Jangan sedih-sedih!

4. Haba

Pastikan badan sentiasa dalam keadaan panas. Sentiasa berstokin, baju lengan panjang, dan lebih
elok jika pakai sweater atau baju tebal. Pernah duduk Antartik? Ya, gunalah jaket bulu-bulu tebal tu.

Pakai sekali bulu-bulu bahagian telinga untuk kesan yang lebih efektif. Untuk 2 bulan cuba jangan
ber-air-cond.

Jangan ber-ais. Bersalji jauh sekali.

Tapi jangan terlampau obses nak kurus sampai badan melecur. Jangan buat gila pergi terjun atas
periuk api pula.

5. Makan

Foto Kredit: greatermalaysia.com

Foto Kredit: greatermalaysia.com

Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang bersifat sejuk. Contohnya timun, tembikai,dan air sejuk. Juga jangan makan makanan yang mengandungi telur untuk mengelakkan luka bedah menjadi gatal dan bernanah. Baca resepi berpantang yang sudah ramai orang cuba.

Wanita yang bersalin kaedah pembedahan atau selalunya dipanggil Caesarean digalakkan minum sedikit jus oren untuk menyembuhkan parut luka bedah. Boleh minta konsultasi nenek-nenek atau jiran sebelah untuk tips-tips pantang cara zaman dahulu kerana cara dahulu lebih efektif.

Akhir kata

Kesimpulannya, nak cantik kenalah sakit. Confirm boleh slim semula. Dah kurus nanti jangan pula pakai seksi-seksi pula ya kakak-kakak semua.

Kakak-kakak yang lain, apa antara tips atau petua yang diamalkan? Boleh kongsi?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×