Didik

Tanpa Sedar Ibu Bapa Dah ‘Rosakkan’ Anak Dengan 4 Perkara Ini, Patutlah Anak Tak Suka Belajar

181
SHARES

Ibu bapa pastinya mahukan anak yang rajin belajar, cemerlang dalam pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tanpa disuruh. Yang penting, ibu bapa perlulah mendisiplinkan anak dengan betul, tegas dan sentiasa sabar. Kadang-kadang ibu bapa terlalu berlembut dengan anak kerana kasihan tapi sebenarnya boleh merosakkan anak. Ini 4 perkara yang ibu bapa sering terlepas pandang yang boleh membuatkan anak malas berusaha untuk siapkan homework mereka.

ROSAKKAN ANAK TANPA SEDAR?

Kadang-kadang jadi ibu bapa ni, kita akan ada banyak keputusan-keputusan yang buat kita serba-salah untuk buat. Macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kita perlu buat timbang-tara yang terbaik dan meninggalkan kesan negatif paling minimal terutamanya pada anak kesayangan kita.

SEBAB:

Akhirnya, anak kita tu akan membesar menjadi manusia. Tindakan dan keputusan kita yang kita buat berkaitan dengan anak tersebut, akan membentuk personaliti anak-anak kita. Takut. Yang paling saya takut adalah kita rosakkan anak tanpa kita sedar.

Bagi saya, walau macam mana pun sukar keputusan yang kita mahu lakukan, berpegang kepada akhlaq adalah yang terbaik. Sekolah adalah medan anak belajar pelbagai kemahiran. Dan bagi saya, di sini jugalah kita cenderung dan berisiko untuk TERsilap buat keputusan:

1.BUATKAN ‘HOMEWORK’ ANAK

Betul. Homework dan silibus anak-anak kita memang susah sekarang ini. Saya pun rasa tak sesuai betul. Tapi, saya melihat menyiapkan homework sebagai tanggungjawab dan pembelajaran MEMAHAMI KEMAMPUAN diri.

Tempoh hari anak saya buat homework Bahasa Melayu. Memang dia bersungut. Tak faham pun nak buat apa. Sebab dia perlu buat rumusan ayat. Anak saya baru darjah satu. Jadi, banyak lagi yang dia perlu belajar. Saya faham.

Kadang kita buatkan homework yang susah sebab kita tahu anak kita tak boleh buat. Tapi, apa kata kalau kita bantu dia instead? Saya berusaha terangkan maksud rumusan pada anak saya. Saya bantu dia pendekkan ayat pertama. Dia tulis sendiri. (Nak tulis pun tak berapa nak laju ok budak darjah satu ni). Saya duduk, sehingga saya siap bantu dia. At the end of the day, kerja sekolah dia siap. Dan dia dapat kesimpulan, yang dia PERLU buat sendiri. Sebab kerja sekolah TANGGUNGJAWAB dia. Bukan tanggungjawab mama.

Tanam dalam diri kita. Kerja sekolah anak BUKAN UNTUK DISIAPKAN PERFECT. Tapi, untuk melatih anak tanggungjawab. Dari kerja sekolah juga, kita boleh tahu kesukaran perkembangan anak kita. Kan dah kurang stress tu.

2.ANAK TAK SIAP HOMEWORK, COVERKAN

Ada satu hari, anak saya menangis-nangis dalam kereta. Kerja sekolahnya tak siap. Saya ajar dia untuk buka dan terus buat dalam perjalanan ke sekolah itu. TANGGUNGJAWAB kan? Semalamnya bila tanya, dia kata nanti-nanti. Hehehe. (Mama senyum sinis je lah kan. Rasakan akibat bertangguh, anakku!) Dia mengadu. “Susah! Thufayl tak tahu nak jawab!”

Maka, saya beritahu dia, “Thufayl cuba buat apa yang Thufayl boleh buat. Yang tak tahu, nanti beritahu mu’allim yang Thufayl tak tahu nak jawab macam mana. Minta maaf pada mu’allim sebab Thufayl tak dapat siapkan.” TANGGUNGJAWAB. Dan mengambil kesan dari bertangguh kerja. Inikan pembelajaran akhlaq?

Mengaku tidak tahu dan berusaha lagi sehingga berjaya? Balik dari sekolah, malam itu, dia buka semula buku yang sama. Tapi, katanya mu’allim dah ajar. Dah tahu. Cuma mu’allim minta siapkan. Selesaikan? Tanpa penipuan dan “escape”kan TANGGUNGJAWAB dari anak?

3. KOMEN SILIBUS SUSAH DEPAN ANAK

“Susahnya Bahasa Melayu sekolah Thufayl ni!!! Memanglah Thufayl tak boleh jawab!” Ha. Apa anak rasa? Dia dapat alasan paling besar untuk beritahu diri dia yang SILIBUS MEMANG SUSAH, JADI TAK APA KALAU DIA TAK USAHA. Nak komen, komen sesama orang dewasa sahaja. Anak kita jangan di”escape”kan dari belajar tanggungjawabnya.

Masalahnya, bila anak kita dapat markah rendah masa exam, kita meroyan lebih. Padahal, kita tahu dah silibus tu susah, haruslah markah anak kita yang di”escape”kan selalu tu rendah. Habis tu? Nak expect apa? Kalau minggu ni dia dapat 30 markah, minggu depan dapat 35 markah, hargailah improvement itu. Ini tidak. Complain. Complain. Complain.

Berpijak di bumi yang nyata, parents!!! Rajin-rajin belajar tentang tahap perkembangan anak. Baca. Baca. Baca. Jangan suka sangat makan alasan! Makan nasi! (Eh… Tergeram pula…. Maaf ya kalau garang sangat)

4. KOMEN CIKGU DEPAN ANAK

Ni lagi satu saya pantang. Alahai….Tengoklah AKHLAQ para orang soleh. Mereka sentiasa menghormati guru. Akhlaq orang belajar kan tu? Hargailah guru anak anda. “Cikgu abang ni merepeklah. Tak payah ikut cikgu tu!” Ha, apa yang kita ajar tu?

Nanti anak membesar jadi besar kepala, keras kepala, egois, tak boleh ditegur… Jangan cakap akak tak payung ilmu dan peringatan ye. BUDAYA JADI PENUNTUT ILMU perlu disemarakkan dalam jiwa anak kita. Penting, tuan puan. Sekolah bukan medan bersaing anak siapa dapat markah tinggi, anak siapa homework tip top.

Tapi, sekolah tu medan menuntut ilmu. Medan membina diri dan sahsiah. AKHLAQ adalah luahan iman & ilmu. Kita ibu bapa ini perlu HADAM dulu sebab kita hantar anak ke sekolah. Hentikan rasa keakuan kita dulu. Jangan ego.

Jarang-jarang saya post beremosi begini. Tapi, saya runsing dan risau dengan risiko kerosakan AKHLAQ yang kita buat secara tak sengaja pada anak-anak kita. Kongsikan post ini jika anda nampak manfaatnya. Saya open kepada disagreement. Saya faham topik ini adalah sensitif buat sesetengah pihak.Semoga kita sama-sama beri yang terbaik agar kita berjaya menjadi ibu bapa yang membawa anak ke syurga.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×