Teknologi

Suntikan Pencegah Kehamilan Pertama Di Dunia Untuk Kaum Lelaki Bakal Dipasarkan

180K
SHARES

Kalau kita cakap tentang kaedah perancang kehamilan, ia kebanyakannya dikaitkan dengan kaum wanita contohnya pil perancang, suntikan, pemasangan implan dan IUD.

Selain kaedah vasektomi atau penggunaan kondom, setakat ini belum ada lagi produk atau kaedah perancang yang dibuat untuk kaum lelaki dalam usaha menjarakkan kehamilan isteri.

Foto Kredit: telegraph.co.uk

Namun, dalam sebuah laporan terkini menerusi The Hindustan Times, The Indian Council for Medical Research telah menyiapkan sebuah alat kontraseptif khas buat kaum lelaki dengan kadar keberkesanan sebanyak 97.3% tanpa sebarang kesan sampingan.

Suntikan Perancang Bagi Lelaki Yang Pertama Di Dunia

Alat kontraseptif ini berfungsi melalui suntikan pada bahagian vas deferens, iaitu tiub mengandungi sperma berdekatan dengan organ testikel.

Suntikan ini memgandungi sejenis polimer yang digelar Steryene Maleic Anhydride, yang telah dihasilkan sejak tahun 1970an dalam menghalang produksi sperma.

Foto Kredit: Urology Care Foundation

Berkesan Mencegah Kehamilan Sehingga 13 Tahun

Menurut laporan tersebut, suntikan ini adalah efektif selama 13 tahun. (Wah, lama sangat ni?)

Namun ia dikatakan sesuai dengan fungsinya kerana suntikan ini direka khas sebagai alternatif bagi pembedahan vasektomi.

Suntikan perancang pertama di dunia untuk lelaki ini dianggarkan akan mendapat kelulusan dalam tempoh 6 bulan sebelum dikilangkan, kata VG Somani, Drug Controller General of India.

Kaedah Kontraseptif Semakin Popular Di Kalangan Lelaki

Walaupun ada yang merasakan ianya sebagai sesuatu yang ‘mengarut’ atau ‘mustahil’, tetapi jangan terkejut kerana makin ramai lelaki yang menunjukkan minat untuk mendapatkannya atas pelbagai faktor, seperti yang pernah dilaporkan dalam sebuah kajian menerusi The Independent.

tips putus cinta

Foto Kredit: elitedaily.com

Menurut IFLScience dalam sebuah poll, didapati hampir 1/3 warga Britain sanggup menggunakan kaedah kontraseptif, di mana kadar ini meningkat hingga 40% di kalangan lelaki yang berusia 25 hingga 49 tahun.

Menurut laporan The Hindustan Times lagi, kaedah ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia kerana prosedur ianya dikatakan ‘less invasive‘ berbanding vasektomi.

Apa Kata Anda?

Hmmm… Menarik juga kalau ada yang dapat bertahan dalam 1-2 tahun saja macam yang perempuan punya kan?

Apapun, secara postifnya ia menunjukkan teknologi dalam bidang kesihatan sedang berkembang seiring dengan permintaan yang semakin meluas.

Apa kata anda pula?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×