Asuh

Sering Pukul Tanda Anak Alami Trauma, Ini 7 Cara Untuk ‘Handle’ Mereka

229
SHARES

Trauma pada anak sering terjadi, lebih-lebih mereka masih dalam proses membesar dan belajar tentang sesuatu situasi. Kebanyakan ‘new parents’, tak tahu sekiranya anak trauma dan menganggap ia satu tindak balas yang normal. Oleh itu, pakar ini kongsi cara kenalpasti dan cara berdepan trauma anak.

Baca jika anak sering memukul atau menangis

Trauma menyukarkan hubungan positif. Mengenal pasti tanda-tanda anak TRAUMA adalah penting untuk ibu bapa & guru-guru. Manusia diciptakan sebagai makhluk sosial. Untuk memakmurkan alam. Dan untuk memakmurkan alam itu, Allah ciptakan otak manusia sangat peka kepada interaksi dan perhubungan.

1.Bayi kecil lahir, mula dengan menangis.

2.Menangis bayi adalah interaksi.

3.Memberitahu yang dirinya perlukan bantuan untuk rasa selamat dan tenang.

4.Bila bayi ditenangkan, bayi belajar interaksi positif. Bayi belajar kasih sayang.

REAKSI FIGHT, FLIGHT, FREEZE

Semakin membesar manusia, semakin manusia peka dengan interaksi yang ada disekitarnya. Tapi. TRAUMA akan mencetuskan reaksi “FIGHT/FLIGHT/FREEZE”. Ini adalah reaksi primitif. Reaksi survival. Reaksi otak untuk menyelamatkan diri dari ancaman. Reaksi ini yang membuatkan otak tidak berfikir untuk melakukan interaksi positif dan rasional, tetapi sebaliknya secara automatik berfikir tentang ancaman-ancaman yang boleh berlaku pada dirinya.

TRAUMA?

Ya. Trauma. Trauma ini, sebenarnya lebih “dekat” dengan kita. Kena tengking = trauma, kena pukul = trauma, dapat adik baru = trauma, kena tipu = trauma, barang permainan kesayangan dirampas = trauma, dimalukan = trauma, bersalin = trauma. Manusia yang pernah mengalami trauma, walau macam mana pun intensity, kekuatan trauma yang diterimanya tetap akan mempunyai risiko STUCK di respon FIGHT/FLIGHT/FREEZE.

Ada anak-anak yang akan terus menggunakan respon survivalnya secara refleksif.

1.Bila orang ambil permainan = PUKUL (FIGHT)

2.Bila dimarah = MENANGIS TAK BERGERAK (FREEZE)

3.Bila gagal buat kerja = BALING & BERHENTI CUBA USAHA (FLIGHT)

4.Tak dapat apa yang dimahukan = MENJERIT (FIGHT)

PERLUKAN LEBIH CONNECTION

Anak-anak yang pernah melalui trauma, walaupun kecil, perlukan lebih connection. Otak mereka perlu dilatih semula untuk melakukan connection, untuk berinteraksi, untuk terus berfikir secara positif. Melatih otak untuk melakukan interaksi dan hubungan positif adalah sangat sangat penting untuk memastikan anak membesar menjadi manusia yang boleh berfikir secara radional. Bagaimana boleh kita bantu anak yang sering berada dalam mod otak survival ini?

1.Dengar, DENGAR & dengar anak anda

2.Luangkan masa BERMAIN dengan anak

3.Berikan masa Q15 (15 minit setiap hari untuk anak)

4.SOKONG anak anda, bukan judge anak anda

5.FAHAMI perkembangan anak anda.

6.BELAJAR BELAJAR BELAJAR tentang perkembangan anak dari pelbagai sudut

7.BERSEDIA untuk mengenalpasti kesukaran anak (Jangan rasa anak sentiasa OK je).

REWIRE OTAK ANAK

Hmm. Penting sangat untuk kita membantu anak kita “REWIRE” otaknya agar mereka boleh kembali berinteraksi secara positif. Penting sangat untuk kita membantu anak kita hilangkan stucknya pada respon survival Fight/Flight/Freeze. Kita yang orang tua ni pun masih ramai yang stuck pada responds survival. Kerana itu kadang-kala sukar untuk kita melepaskan ketakutan kita pada sesuatu perkara. Rasa tak pandai (Freeze), rasa senang marah (Fight), rasa perlu larikan diri dalam bilik dan tak mahu jumpa orang (Flight).

Stuck pada respon survival otak boleh mencetuskan depressi, dan pelbagai masalah kejiwaan yang lain. Tak mahukan anak kita macam tu? Jom. Kita usaha timba ilmu parenting dan belajar strategi membantu anak, dan membantu diri kita sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×