Hebahan

Sekolah Tidak Akan Dibuka Pada 15 April Walaupun Tamat PKP, Ada Cadangan Dianjak Sehingga Jun!

2.9K
SHARES

Keselamatan pelajar sekolah menjadi keutamaan buat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang berlakunya penularan wabak Covid-19 ini. Semua sekolah telah diarahkan tutup dan pelajar boleh meneruskan kelas secara atas talian ataupun panggilan video dengan guru masing masing.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki minggu terakhir ini tetap menjadi tanda tanya sama ada perintah ini akan diteruskan ataupun dihabiskan pada 14 April ini. Tetapi KPM tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 15 April ini walaupun tarikh akhir PKP pada 14 April.

Perbincangan Dilakukan Dengan Beberapa Pihak

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mah Hang Soon berkata kementerian akan meneruskan perbincangan dengan beberapa pihak penting termasuklah ibubapa pelajar serta pertubuhan pendidikan berkaitan keutamaan keselamatan pelajar sebelum hadir ke sekolah ataupun mengambil ujian peperiksaan.

Datuk Mah berkata lagi, terdapat cadangan dimana sesi persekolahan haruslah ditunda sehingga bulan Jun dan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) sahaja yang dibenarkan untuk pergi kesekolah. Selain itu juga ada cadangan mengakatakan hanya guru yang dibenarkan untuk pulang kesekolah untuk mengajar secara online menggunakan kemudahan yang ada disekolah.

Cadangan dan Perbincangan Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Pihak KPM juga akan mengambil kira kesemua cadangan yang diterima termasuk lah cara untuk mengurangkan perkumpulan pelajar jika sekolah dibuka. Perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan diadakan untuk mendengar cadangan dari pihak mereka.

“We will also discuss with the health ministry and listen to their views on the solutions we currently have.”

Tambah beliau, KPM tidak memberi arahan lagi kepada sekolah bagi membuat persiapan untuk pembukaan semula sekolah tetapi lebih bagus jika pihak sekolah itu sendiri yang mengambil insiatif bersedia untuk pembukaan semula sekolah.

Sumber : Sin Chew

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×