Dapur

Resipi Kuih Sopang Kuih Tradisi Negeri Sembilan, Rupanya Ada Teknik Guna Sapu Tangan

7
SHARES

Aneka resipi kuih tradisional menjadi buruan semasa bulan Ramadan menjelma. Tapi pernahkah anda dengar atau lihat kuih yang bernama kuih Sopang?

KUIH TRADISI NEGERI SEMBILAN

Kuih Sopang diperbuat daripada tepung, santan dan gula enau. Kuih ini juga mempunyai pelbagai versi. Ada yang menggunakan pisang yang dilenyek. Kuih ini dinamakan bersempena Pekan Sepang yang disebut “Sopang” dalam loghat tempatan.

Ada yang keliru antara kuih Sopang dengan kuih Badak Berendam. Menurut Chef Asma, kedua-dua kuih mempunyai perbezaan dari segi bahan dan teknik pembuatan.

TEKNIK MEMBENTUK MENGGUNAKAN SAPU TANGAN

Chef Asma turut berkongsi beliau mempelajari teknik tradisional membuat kuih Sopang menggunakan sapu tangan daripada penduduk kampung di Johol, Negeri Sembilan. Ujarnya, sapu tangan yang licin memudahkan proses membentuk kuih.

Baca juga : Resipi Red Ruby Thai Guna Bunga Telang, Warna Lain Dari Yang Lain

RESEPI KUIH SOPANG

Adunan tepung

  • 250 gram tepung pulut
  • 30 ml air
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit tepung beras (masukkan dalam santan semasa mengukus)
  • Air pandan (sebagai pewarna hijau)

Inti kelapa 

  • 250 gram kelapa parut (lebih sedap gunakan kelapa yang diparut)
  • 150 gram gula enau
  • Daun pandan (diikat)

Cara pembuatan  

  1. Campurkan tepung gandum bersama air sikit demi sedikit.
  2. Masukkan air pandan sebagai pewarna dan juga garam secukup rasa.
  3. Kacau rata sehingga sebati.
  4. Untuk membentuk kuih sopang, ambil doh adunan dan bentukkan menjadi bulat.
  5. Gunakan sapu tangan yang dilapik daun pisang. Letakkan doh adunan dan ratakan.
  6. Letakkan inti kelapa dan bentukkan seakan karipap.
  7. Susun kuih sopang yang disiap diatas loyang dan tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras.
  8. Kukus selama 5 minit sehingga masak.

Baca juga : Resepi Kuih Manisan Orang Banjar, Unik & Sedap Tapi Makin Dilupakan

Info chef : Santan dicampur sedikit tepung beras supaya kuah menjadi lebih pekat

Bagi yang berminat untuk belajar cara membuat kuih-kuih tradisional & kek, boleh lawati Facebook Chef Asma Bakery Class atau hubungi 0123083750 untuk pertanyaan.

Tonton video penuh cara membuat kuih Sopang di Youtube Sirap Limau Official. Jangan lupa subscribe sekali!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×