Dapur

Cara Buat Tart Telur Paling Simple Guna Roti Gardenia

11.8K
SHARES
resepi tart telur

“Tiba-tiba craving sangat nak makan tart telur. Tapi malasnya nak cari kat luar…”

Sesekali memang teringin sangat nak makan tart telur yang biasa dijual di bakery. Baunya saja dah cukup buat kita terliur. Rasanya yang lemak manis membuatkan kita makan tak cukup satu!

Rupanya ada cara yang sangat mudah untuk kita buat tart telur menggunakan roti gardenia di rumah. Ini resepi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Anna Rozza.

Jom kita tengok bahan yang diperlukan dan cara membuatnya di bawah.

Resepi Tart Telur Simple Guna Roti Gardenia

Bahan-bahan

  • Roti gardenia
  • 5 biji telur
  • 300gm susu segar
  • 50gm susu pekat
  • 140gm gula aising
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Gelek Roti

Mula-mula, kita ambil roti gardenia dan gelek hingga leper.

2. Gunting Roti Ikut Acuan

Kemudian kita gunting roti membulat mengikut saiz acuan. Kalau ada bekas yang bulat boleh juga tekapkan.

3. Bakar Sedikit Roti Sebelum Dimasukkan Adunan Telur

Seterusnya ambil acuan dan tekan kepingan roti kedalam acuan. Bakar lebih kurang 10 minit atau hingga roti menjadi garing sedikit.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti daripada menyerap adunan telur.

resepi tart telur

4. Sediakan Adunan Telur

Sambil tunggu roti tadi garing, kita sediakan adunan telur atau intinya. Untuk menyediakan inti tart telur ni, satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.

5. Tuangkan Ke Dalam Acuan Roti

Tuang adunan telur kedalam acuan roti yang telah dibakar sebentar tadi seperti dalam gambar di bawah ini.

6. Bakar

Lepas tu masukkan balik dalam oven. Bakar semula sehingga masak. Siap!

Kena makan panas-panas tau, baru ranggup!

Sedap & Mudah

Wah, mudah sangat nak buat tart telur di rumah. Lain kali kalau ada lebihan roti gardenia di rumah, boleh sangat cuba resepi ni. Asyik makan sandwich pun boring juga kan? Seronok juga buat kelainanan macam ni. Mesti terus habis licin dibuatnya, entah-entah tak cukup pula.

Jadi jangan lupa save resepi tart telur yang simple ni supaya boleh dicuba bila-bila nanti. Sesuai buat minum petang atau sarapan dengan keluarga.

Selamat mencuba!

 

*Resepi tart telur roti gardenia ini dikongsikan oleh Puan Anna Rozza menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×