Dapur

Senangnya Buat Biskut Cornflakes Susu Tanpa Bakar. Rangup & Cair Di Mulut!

95.1K
SHARES

“Lecehnya nak bakar-bakar kuih raya ni. Oven aku dah lama tak berasap, entah elok ke tidak tu. Ada tak resepi kuih raya best yang tak payah bakar?”

Sedar tak sedar kita dah pun menghampiri minggu-minggu terakhir bulan Ramadhan.

Mungkin ada yang baru ada masa nak buat kuih raya. Jangan risau, ada banyak resepi mudah yang boleh dibuat walaupun dalam tempoh yang singkat.

Antara contoh biskut raya yang paling senang tapi sedap ialah kuih cornflakes susu ni. Memang simple sangat, tak perlu bakar pakai oven pun!

Jom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan ini.

Resepi Biskut Cornflakes Susu Tanpa Bakar

Ini resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar. Rasanya memang sedap sangat. Serius menjadi!

Bahannya pun senang nak cari.

Resepi asalnya saya ambil dari Putra Mawar Danisha.

Ini bahan-bahannya.

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cwn minyak sapi + 1 sdb lg
  • 1 cwn gula kastor
  • 2 cwn cornflakes di ramas
  • Susu tepung secukupnya untuk salut

Cara-cara

1. Cairkan Minyak Sapi

Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair.

Ketepikan dalam sebuah bekas.

Resepi biskut cornflakes tanpa bakar

2. Goreng Tepung Sampai Ringan

Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu.

Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.

Resepi biskut cornflakes tanpa bakar

3. Campurkan Gula Kastor & Cornflakes

Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes.

Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.

4. Masukkan Minyak Sapi

Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi.

Gaulkan hingga sebati.

5. Bulat-bulatkan

Sekarang dah bolehlah bentukkan jadi bulat-bulat.

6. Salutkan Dengan Susu Tepung

Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung.

Siap!

Lepas tu boleh terus simpankan dalam balang.

Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Boleh sangatlah tu kan?

Rangup & Cair Di Mulut

Macam nilah rupa kuih tu bila digigit. Memang sedap… Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi.

Kombinasi semua bahan pun sesuai dan cair di mulut bila dimakan.

Resepi biskut tanpa bakar

Rugi tak cuba sebab senang sangat. Tak payah nak pakai oven atau mixer.

Senang nak buat, dapur pun tak berkecah kan?

Selamat mencuba!

 

*Resepi biskut cornflakes susu ini dikongsikan oleh Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan menerusi Facebook Group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, rujuk resepi asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×