Inspirasi

10 Sebab Kenapa ‘C Student’ Lebih Berjaya Lepas Graduate

126
SHARES
petua kejayaan hidup

“Hairanlah juga tengok member-member sama universiti. Masa belajar biasa-biasa saja. Ada yang teruk memanjang ‘result’nya. Tapi, sekarang bisnes bukan main laju! Aku yang ‘score’ dulu pun masih makan gaji je…”

Bukannya dengki, fahamlah itu memang rezeki mereka. Cuma nak belajar dan korek petua kejayaan mereka.

petua kejayaan hidup

Foto Kredit: jafsman.co.uk

‘C Student’  Lebih Berjaya Cipta Kejayaan Luar Biasa?

Kenapa agaknya mereka yang belajar ‘biasa-biasa’ saja di universiti, tapi lepas graduate ‘gempak’ sangat?

Pakai kereta mewah, dah beli rumah 2-3 buah, siap dah bina empayar bisnes satu Malaya.

Bukan di Malaysia saja, malah begitu juga trend nya di luar negara. Contohnya, kita sedia maklum 3 genius IT dan jutawan ini – Bill Gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg, bukanlah lepasan ijazah yang cemerlang. Malah, ada yang tidak menghabiskan pengajian di universiti.

Setelah membuat penelitian, sebuah laman web popular, lifehack.org, mereka telah mengenalpasti beberapa sifat yang dimiliki oleh golongan ‘C student’ yang berjaya.

Foto Kredit: sugarslam.com

Foto Kredit: sugarslam.com

10 Petua Kejayaan ‘C Student’ Yang Ramai Tak Tahu

1. Lebih Fleksibel

Tahukah anda, petua kejayaan ‘C student’ paling ketara adalah cara mereka membawa diri. Dalam hal ini, mereka amat fleksibel.

Mereka faham sistem akademik yang menentuka kejayaan di universiti, tetapi mereka tidak dapat berfungsi dalam keadaan sedemikian.

Mungkin ada yang menganggap mereka lembab, tetapi sebenarnya mereka cuba mencari logik di sebalik sistem pendidikan tersebut.

rahsia kejayaan pelajar

Foto kredit: buzzle.com

2. Berani Melawan Arus Semasa

Oleh kerana ‘C student’ jarang menjadi rujukan kawan-kawan, mereka selalunya terpaksa membuat keputusan sendiri.

Jadi, mereka sudah biasa mempunyai agenda tertentu yang berbeza berbanding orang lain.

Hasilnya, mereka selalu dianggap ‘pelik’ di mata orang lain.

pendidikan 2016

Foto Kredit: airwolf3d.com

3. Tidak Mengharapkan Pujian Cikgu / Pensyarah

Walaupun menghormati guru atau pensyarah, mereka tidak termakan dengan pujian. (Mana tidaknya, dah asyik dapat C, siapa nak puji?)

Inilah salah satu petua kejayaan ‘C student’ yang menjadikan prinsip hidup mereka lebih tinggi.

Lebih awal lagi mereka  sudah memahami bahawa setiap apa yang mereka lakukan akan dinilai berdasarkan perbuatan, bukannya percakapan.

Foto Kredit: popsugar.com

Foto Kredit: popsugar.com

4. Tidak Obses Dengan Markah Ujian

Ironiknya, ada yang mendakwa kalau kita terlalu obses dengan markah, kita tidak punya masa untuk memikirkan masa depan kita.

Sebab itulah ‘C student’ lebih strategik dalam meluangkan masa mereka.

Mereka pandai menghargai detik-detik indah yang sebenarnya memacu mereka dalam menggapai matlamat hidup sebenar.

Bukannya menunggu lepas ‘graduate’, baru fikir nak buat apa.

kenali personaliti anak

Foto Kredit: pqs.pe

5. Nampak Kejayaan Dari Sudut Yang Berbeza

Kebanyakan pelajar A dan B akan mudah berasa lega jika berjaya mendapat markah yang selamat.

Tetapi, ‘C student’ pula lebih berasa ‘perlu’ untuk memikirkan sesuatu sebagai alternatif penyelamat hidup mereka.

Pemikiran inilah yang menjadikan mereka lebih berwawasan dan berusaha mengenal minat serta kebolehan sebenar yang mereka miliki.

Perlahan-lahan, mereka sebenarnya sedang mengukir perjalanan hidup yang unik, jauh daripada ‘jalan biasa’ yang ditempuhi orang ramai.

trend pendidikan 2016

Foto Kredit: bostonglobe.com

6. Pandai Memanfaatkan Peluang

Kalau anda perasan, pelajar berjaya biasanya pandai mengendalikan semuanya sendiri. Mereka bergerak sendiri untuk memajukan diri mereka.

Mereka tidak malu mengaku kekurangan diri, dan tidak pula berasa ‘bodoh’ apabila terpaksa bertanya orang lain.

Sebaliknya, mereka cuba bertanya dan cuba mendampingi mereka yang lebih bijak daripada mereka.

Menariknya, ini adalah satu strategi sebagai seorang pemimpin untuk mengoptimakan sesebuah pasukan.

kemahiran anak

Foto Kredit: linkedin.com

7. Cuba Mencari Sesuatu Yang Disukai Dalam Pelajaran

Dalam mempelajari sesuatu, mereka tidak cuba memaksa untuk menghafal.

Kebanyakan ‘C student’ lebih suka belajar secara meneroka dan memahami.

Perlahan-lahan, minda mereka akan terlatih untuk mengekstrak perkara yang penting dan diminati sahaja dalam sesebuah topik.

Ini menjadikan mereka lebih selektif dan efisyen.

petua kejayaan pelajar

Foto kredit: mywebroom.com

8. Kebanyakannya Bukan ‘Perfectionist’

Bagi mereka, ‘siap’ kerja lebih baik daripada menunggu ia ‘sempurna’.

Mereka fokus terhadap proses berbanding keputusan. Sikap ini yang menjadikan mereka mahir kerana mereka belajar melalui kesilapan.

Tidak kekok dinilai, atau diberi komen negatif. Ramai tokoh berjaya mengamalkan petua kejayaan seperti ini.

kanak-kanak disleksia 1

9. Hidup Seimbang, Bijak Bersosial

Dalam sebuah teori The 4-Hour Body, Tim Ferriss ada menyebutkan, “minimum effective dose” (MED) — dos paling kecil yang diperlukan untuk keputusan tertentu. Dos yang melebihi tidak akan menampakkan kesan ketara.

Kebanyakan ‘C student’ mengaplikasikan cara ini tanpa mereka sedari. Mereka percaya tidak banyak bezanya antara gred A dan A- berbanding ilmu itu sendiri.

Mereka pandai mencari keseimbangan dan memfokuskan terhadap benda yang penting sahaja.

Jadi, tak hairanlah mereka lebih banyak bersosial dan aktif dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan akademik semata-mata.

petua kejayaan hidup

Foto kredit: usacommcollege.com

10. Angan-Angan Yang Tinggi

Oh, mereka ini banyak berangan berbanding pelajar yang mempunyai matlamat ‘cliche’.

Selain berangan-angan, mereka juga tidak rasa kelakar untuk mengimpikan sebuah kejayaan yang besar.

Mereka lebih praktikal dan cuba memikirkan cara terbaik untuk memanfaatkan hidup mereka dengan tidak berantung kepada formula dan silibus matapelajaran.

petua kejayaan pelajar

Foto Kredit: yourpocketmoney.com

Jangan Salah Anggap

Melalui perkongsian ini, bukanlah kami berniat untuk membanggakan ‘C student’. Jauh sekali untuk mengatakan bahawa gred lemah dalam pelajaran adalah laluan terbaik untuk mencapai kejayaan.

Namun, ia adalah petua kejayaan yang berbaloi untuk kita fikirkan dalam meneliti semula pelan tindakan yang harus kita lakukan dalam kehidupan.

Memetik ucapan daripada Presiden George Bush semasa Hari Graduasi Pelajar Southern Methodist University di Dallas, Amerika:

“To those of you who are graduating this afternoon with high honors, awards and distinctions, I say, ‘Well done.’ And as I like to tell the C students: You too, can be president.”

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×