Famili

5 Sebab Anda Mudah ‘Naik Angin’ & Berperangai Pelik Ketika Lapar

130
SHARES
punca lapar

Orang kata, bila perut lapar, semuanya jadi serba tak kena. Mungkin ramai yang ingat dengan iklan coklat Snickers, di mana mereka menggunakan ayat trademark, ‘anda lain macam bila lapar’.

Adakah ini sekadar tanggapan atau bersandarkan fakta yang kukuh?

Sebenarnya, semua ini adalah berasaskan pemerhatian bahawa kelaparan akan membuatkan seseorang itu menjadi kurang bersemangat dan ada juga yang bersikap aneh. Malah bagi sesetengah orang, ia boleh menjejaskan hubungan serta menggangu prestasi kita.

5 Sebab Anda Mudah ‘Naik Angin’ & Berperangai Pelik Ketika Lapar

Untuk menghuraikan kejadian ini, mari kita lihat apa yang berlaku kepada tubuh apabila seseorang berasa lapar.

1. Naluri Semulajadi Untuk ‘Survive’

Secara semulajadinya, setiap manusia sebenarnya memerlukan naluri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, dalam keadaan kritikal, ia memberi ‘kekuatan’ kepada seseorang untuk memenuhi keperluan tubuhnya. Malah, kelaparan juga boleh mendorong anda untuk bertindak agresif demi menyelamatkan nyawa.

Menurut sumber juga, salah satu emosi yang paling sukar untuk dikawal dalam otak adalah rasa lapar.

Foto Kredit: Getty Images

2. Otak Mentafsirkan Rasa Gelisah

Menurut Paul Currie, pakar psikologi yang mengkaji tabiat pemakanan di Reed College, beliau menjelaskan, perut dan otak mempunyai hubungkait yang rapat. Buktinya, apabila diserang rasa lapar, hormon ghrelin akan dirembeskan di dalam perut. Namun reseptornya ada di seluruh tubuh, termasuklah pada bahagian hipotalamus otak.

Selain memicu rasa lapar, hormon ini ghrelin juga menyebabkan reaksi gelisah yang dapat dihilangkan dengan memakan sesuatu.

tak cukup tidur

Foto Kredit: gethealthy.education

3. Deria Kita Semakin Sensitif

Penelitian juga mendapati bahawa apabila kita lapar, kesemua deria kita yang lain akan menjadi lebih sensitif. Muzik atau suara orang sekeliling terasa lebih kuat, cahaya terasa begitu terang, dan sedikit bau-bauan di sekeliling pun mampu membuat anda rasa kurang selesa.

Respon ini juga mungkin salah satu sebab mengapa kita mudah berasa marah dan agresif terhadap keadaan dan orang yang berada di sekeliling kita.

cara mendisiplinkan anak

Foto Kredit: quotesgram.com

4. Kekurangan Glukos Memacu Hormon Stres

Makanan adalah penting untuk menstabilkan paras glukos. Sekiranya paras glukos terlalu rendah, otak kita akan menghasilkan hormon stres.

Malah, dalam sebuah survey, para pengkaji dari Ohio State University mendapati bahawa pasangan suami isteri lebih cenderung untuk bergaduh pada waktu petang di mana paras glukos mereka berada dalam paras rendah.

punca lapar

Foto Kredit: greatist.com

5. Teman Baik Sering Menjadi ‘Mangsa’

Bila kita lapar, seseorang lebih cenderung untuk melepaskan kemarahan tersebut kepada seseorang. Proses ini adalah salah satu usaha yang diisyaratkan oleh otak untuk mengawal emosinya.

Namun, hasil penyelidikan menjelaskan kebarangkalian seseorang untuk melahirkan sikap aneh dan perasaan marah ini adalah lebih tinggi terhadap orang yang kita senangi.

Jadi, kalau kita selalu jadi mangsa kemarahan orang yang lapar, janganlah cepat terasa hati. Itu adalah salah satu tanda dia sayangkan kita!

Suami mengamuk di kedai makan, hempas pinggan dan meja

Jangan Biarkan Kemarahan Mengawal Diri Anda

Apabila lapar, makanlah sesuatu untuk mengalas perut. Jangan biarkan emosi marah menguasai diri sehingga merosakkan hubungan dengan orang sekeliling. Seeloknya, tepati waktu makan agar tubuh dapat menghadamkan makanan dengan lebih efisyen, sekaligus mengelakkan pelbagai jenis penyakit.

Jika kita boleh mengawal diri sewaktu berpuasa, tak mustahil kita boleh menahan lapar ini buat sementara, kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×