Rakyat

Program “I Want To Touch A Dog” Beri Peluang Orang Islam Pegang Anjing!

Program "I Want To Touch A Dog" Beri Peluang Orang Islam Pegang Anjing!

Terkini: 20 Oktober 2014

Page Facebook I Want To Touch A Dog kini tidak boleh diakses. Kemungkinan telah di ‘delete’ oleh penganjur program setelah menerima bantahan dari ramai pihak. Sumber Berita Harian melaporkan yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat penganjuran acara ‘I Want To Touch A Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, pada 19 Oktober 2014.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini. Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

Namun, ada desas-desus mengatakan program ini sudahpun diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kami juga sangsi, mana satu informasi yang lebih tepat. Apa-apapun, biarlah kita serahkan urusan siasatan pada pihak berwajib.

i-want-to-touch-a-dog-saya-mahu-pegang-anjing-event

Nota: Semua gambar dalam artikel ini adalah ehsan Facebook I Want To Touch A Dog. Jika ada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan gambar yang dipaparkan di sini, mohon beritahu kami.

 

i-want-to-touch-a-dog-event-4

Acara “I Want To Touch A Dog” pada 19 Oktober 2014 di Central Park, Bandar Utama, mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Boleh lihat sendiri banyak gambar di Facebook I Want To Touch A Dog sendiri.

Ini antara peserta yang hadir dan ‘post’ gambar mereka di Facebook.

i-want-to-touch-a-dog-event-3

 

i-want-to-touch-a-dog-event-2

 

i-want-to-touch-a-dog-event-1

 

Penganjur Program Syed Azmi AlHabsi

 

 

Kata penganjur program itu, Syed Azmi Alhabsi, program “I Want to Touch a Dog” adalah satu acara untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka dengan makhluk berbulu dan berkaki empat itu. Ia juga untuk mendidik orang ramai tentang bagaimana untuk mengamalkan kebersihan. Selain itu, ia adalah satu cara untuk membantu mereka mengatasi rasa takut terhadap anjing dan membawa bersama-sama rakyat Malaysia bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman yang melampaui budaya, bangsa dan agama.

i-want-to-touch-a-dog-2

Apa Hukum Pegang Anjing?

Kami bukan pakar agama. Maka, biarlah orang yang lebih ada kredibiliti untuk memberikan respon. Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau ada membincangkan perkara ini. Tonton video di bawah.

 

Kami sedar, program sebegini agak sensitif dan bakal mengundang pelbagai reaksi. Ada yang positif, ada yang negatif. Apa pendapat anda?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×