Cantik

7 Petua Hilangkan Bekas Jerawat Hitam Dan Berlubang. Efektif!

1.7K
SHARES
petua hilangkan bekas jerawat

“Aduhai, jerawat dah lama tak tumbuh. Tapi, susah betul nak licinkan wajah yang dah berbekas ni. Macam-macam produk dah cuba. Hishh… Nak kena tanya Mak lah, mana tahu ada rahsia atau petua hilangkan bekas jerawat yang berkesan.”

Setiap orang tentu pernah melalui fasa ‘diserang’ jerawat. Walaupun fasa ini telah berakhir, namun ramai yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghilangkan parutnya.

Mari kita cuba beberapa petua hilangkan bekas jerawat yang boleh dibuat sendiri di rumah. Bahannya tentulah semulajadi, mudah didapati dari dapur anda!

7 Petua Hilangkan Bekas Jerawat Dengan Berkesan

Ini petua hilangkan bekas jerawat yang boleh anda cuba pada bahagian wajah, belakang, atau mana-mana bahagian badan.

1. Aloe Vera

Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.

Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.

Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

2. Soda Penaik

‘Baking soda’ atau soda penaik ini terkenal dengan bahan 1001 kegunaan, termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat.

Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Caranya, campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dengan air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

cara hilangkan gatal

Foto Kredit: davidwolfe.com

3. Timun

Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata saja kan?

Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.

4. Madu Asli

Madu asli adalah satu lagi pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.

Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.

Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.

Pastikan ia adalah madu lebah asli

Pastikan ia adalah madu lebah asli

5. Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah bahan mesra-kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan.

Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.

petua tercekik tulang

Foto Kredit: fairwaymarket.com

6. Tomato

Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan hingga bersih.

Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk kesan yang tidak kurang hebatnya.

petua hilangkan bekas jerawat

Foto Kredit: artifactgirl.com

7. Cuka Epal

Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam.

Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaannya!

sakit gastrik apple cider

Foto Kredit: popsugar.com.au

Jangan ‘Gatal Tangan’ Mengusik Jerawat

Hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat.

Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Maka, lebih banyak bakteria akan hinggap dan menjadikan keadaan lebih buruk.

Pastikan juga anda selalu mencuci muka dengan air bersih dan elakkan bertukar-tukar produk terlalu kerap.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×