Dapur

7 Petua Goreng Pisang Yang ‘Super’ Rangup Walaupun Dah Sejuk

14.2K
SHARES
petua goreng pisang

“Sedap betul makan pisang goreng panas-panas ni. Saja aku beli lebih buat makan malam nanti. Kenapalah aku goreng tak rangup macam ni? Apa petua goreng pisang yang peniaga ni guna? Kalau tahu, bolehlah aku buat sendiri tiap-tiap minggu.”

Bukan senang nak mendapatkan bancuhan tepung yang betul-betul rangup dan enak. Kalau jadi pun, sedap dimakan waktu panas saja. Lepas itu, mulalah ianya lembek dan berasa kurang sedap. Jauh berbeza daripada pisang goreng yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga jalanan.

Sebenarnya, ada beberapa cara turun-temurun dan petua goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana-mana berdasarkan bahan yang ada di dapur anda.

petua-goreng-pisang-3

Foto Kredit: mysore-khadya.blogspot.my

7 Petua Merangupkan Goreng Pisang Walaupun Dah Sejuk

Berikut adalah petua goreng pisang agar ianya tetap rangup dan garing walaupun disimpan buat beberapa lama.

1. Gunakan Kapur Masakan

Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung.

Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras: tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnyadan pastikan ia tidak terlalu cair.

2. Minyak Panas

Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling ‘simple’, Caranya, gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.

Foto Kredit: colorandspices.com

Foto Kredit: colorandspices.com

3. Guna Tepung Pulut

Biasa kita dengar bancuhan menggunakan tepung beras, bukan? Apa kata cuba pula bancuhan tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. Selain itu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam, dan 1 sudu teh serbuk kunyit.

Caranya, campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan bolehlah menggoreng.

Foto Kredit: bm,thc.com.my

Foto Kredit: bm.thc.com.my

4. Tambahkan Kelapa Parut

Cara seterusnya adalah menggunakan kelapa parut. Istimewa bukan? Selain menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu merangupkan gorengan anda.

Cuma tambahkan sedkit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.

Foto Kredit: avogel.co.uk

Foto Kredit: avogel.co.uk

5. Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat atau baking soda boleh juga digunakan untuk merangupkan pisang goreng anda. Mudah saja, cuma campurkan tepung gandum yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhnya dengan air, garam, dan serbuk kunyit.

cara hilangkan gatal

Foto Kredit: davidwolfe.com

6. Marjerin / ‘Butter’

Selain bahan-bahan di atas, anda boleh juga mengolah resepi dengan menambahkan 2 sudu marjerin atau ‘butter’ ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit dan sedikit garam / gula.

petua goreng pisang

Foto Kredit: designmomentum.com.au

7. Tepung Goreng ‘Instant’

Di pasaran, ada dijual tepung goreng ‘instant’ seperti pisang goreng Adabi yang tertulis ‘cuma tambah air’. Walaupun rasanya agak sedap, tapi tak semuanya akan menjadi garing dan rangup apabila dimakan. Pernah juga ianya melekat dan lembek apabila siap dimasak.

Oleh itu, anda boleh tambahkan tepung gandum kepada tepung ‘instant’ tersebut dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan rangup!

petua goreng pisang

Foto Kredit: livestrong.com

Olah Resepi Ikut Citarasa

Sebenarnya, ada banyak versi resepi tepung bancuhan dan petua goreng pisang yang boleh anda dapati melalui internet. Namun, cuba cari resepi yang menggunakan salah satu daripada 7 bahan ini kerana ia adalah bahan penting untuk menjadikan tepung bancuhan anda rangup dan garing.

Jadi, bolehlah dinikmati walaupun ianya sejuk nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×