Didik

PIBG Boleh Mohon Peruntukan Baik Pulih Sekolah Daripada KPM, Dibuka 1 Hingga 30 November

Permohonan Penyelenggaraan Sekolah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kini boleh mengemukakan permohonan penyelenggaraan sekolah serta pembaikan kemudahan fizikal secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tahun 2027.

Kemudahan ini disediakan menerusi saluran khas yang dibuka bermula 1 hingga 30 November 2026. Tempoh sebulan itu memberi peluang kepada PIBG di seluruh negara untuk mengenal pasti dan menyenaraikan kerosakan atau keperluan prasarana yang memerlukan perhatian pihak kementerian.

Baca juga: Tiada Kelibat Di CCTV, 20 Rumah Di Jerantut Jadi Sasaran Ketukan Pintu Misteri Pada Awal Pagi!\

PERMOHONAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH TERUS KEPADA KPM DIBUKA

Permohonan Penyelenggaraan Sekolah

Menurut kenyataan KPM, langkah berkenaan dilaksanakan susulan pengumuman peruntukan penyelenggaraan sekolah berjumlah RM2 bilion dalam Belanjawan 2027, iaitu peningkatan sebanyak RM1 bilion berbanding peruntukan sebelumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima pada 9 Oktober lalu turut mengumumkan peruntukan tersebut bagi membolehkan kerja membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di negara ini dilaksanakan.

“Sehubungan itu, KPM menyediakan saluran khas kepada PIBG untuk mengemukakan secara terus permohonan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah bagi 2027.

“Permohonan dibuka selama sebulan mulai 1 hingga 30 November ini melalui pautan dan kod QR yang disediakan,” katanya.

Sebelum ini, pada 30 Ogos lalu, Anwar turut mengumumkan peningkatan peruntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak 50 peratus, daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion bagi 2027.

Pengumuman itu dibuat ketika Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam masa sama, Perdana Menteri meminta KPM melaksanakan usaha turun padang ke setiap daerah bagi meneliti permohonan berkaitan pembaikan prasarana sekolah.

Bukan semua permohonan akan diluluskan secara automatik

Permohonan Penyelenggaraan Sekolah

Bagaimanapun, KPM menjelaskan bahawa pembukaan saluran khas berkenaan tidak bermakna setiap permohonan yang diterima akan terus mendapat kelulusan.

Sebaliknya, semua cadangan perlu dikemukakan berdasarkan keperluan sebenar sekolah masing-masing sebelum dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

Keutamaan akan diberikan kepada kerosakan kritikal serta masalah prasarana yang boleh mengancam keselamatan murid dan warga sekolah.

KPM berharap kemudahan ini dapat membantu PIBG menyampaikan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah dengan lebih mudah melalui saluran terus yang disediakan.

Baca juga: Tendang & Jentik Anak Dalam Lif Kerana Berebut Stroller, Rakaman CCTV Cetus Kemarahan Warganet

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×