Rakyat

Sedihnya, Peniaga Online Di Facebook Ini Bakal Kena Denda RM5,000!

113
SHARES
Sedihnya, Peniaga Online Di Facebook Ini Bakal Kena Denda RM5,000.

Peniaga Online Di Facebook Bakal Dikenakan Tindakan Undang-undang

Masih ingat artikel dari tahun 2010 mengenai “400 Peniaga Online Diheret Ke Mahkamah”? Boleh baca Berita Harian untuk menyorot kembali detik-detik hitam ini. Selepas empat tahun, kini muncul kerisauan baru untuk peniagaa online.

Satu keratan surat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diterima oleh seorang peniaga online menyatakan, kesalahan tidak memaparkan nombor pendaftaran syarikat di Facebook Fanpage perniagaan. Ini semakin menjadi viral kerana jika disabitkan kesalahan, penalti sebanyak RM5,000 bakal dikenakan.

Banyak! Cukup banyak. Sekali kena bayar mungkin boleh hanguskan keuntungan untuk 2-3 bulan. Itu kalau untungnya RM2,000 sebulan, kalau untungnya RM1,000 sebulan? Hangus untung untuk lima bulan!

Denda RM5000 untuk peniaga online papar nombor daftar syarikat

Selepas 4 tahun isu ini, masih ada lagi yang tak daftar, denda RM5,000

Patuh Pada Peraturan, Peniaga Online Daftar SSM?

Persoalannya, wajarkah peniaga online daftar di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)? Ramai yang beranggapan peniaga online tidak perlu mendaftar syarikat kerana keuntungan yang tidak sebanyak peniaga biasa. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk menetapkan perlaksanaan pendaftaran perniagaan online.

 

Kenapa ramai yang cuba-cuba dan mula beralih berniaga online?

Mahu tahu? Ini antara alasan yang diberikan oleh para peniaga online.

1. Gaji Tidak Cukup

Golongan yang berniaga secara online secara part time untuk mendapat side income  bukannya suri-rumah atau pelajar universiti sahaja. Jangan tidak percaya, ada juga pekerja kerajaan, malahan pekerja swasta yang berniaga secara online untuk tambah pendapatan. Kalau lihat di Facebook dan Instagram, ramai mencuba nasib mencari sesuap nasi. Ada yang berkata, “Buat apa perlu susah-susah kerja di pejabat yang tidak pernah bagi bonus. Gaji pun sudah 5 tahun tidak pernah naik!”.

Ini bukan satu saranan saya agar anda yang masih bekerja untuk menceburi bidang ini. Pendapatan berniaga secara online tidak menentu.

2. Kos Sara Hidup Tinggi

Ramai mengeluh apabila harga minyak naik pada 1 Oktober 2014 yang lalu. Orang bujang sudah pandai mengeluh, apa lagi yang sudah berumahtangga dan beranak pinak? Besar impaknya. Mahu beli susu dan lampin anak sahaja bukan beribu ringgit. Belum lagi bayaran sekolah dan pengasuh. Inilah cabaran hidup di bandar zaman sekarang.

3. Teringin Miliki Rumah Sendiri

Harga rumah yang melampau membuatkan golongan pendapat rendah dan sederhana akan terus hidup menyewa sampai bila-bila. Harapkan duit gaji? Ramai menjuih bibir kerana kerja makan gaji tidak akan dapat berikan rumah idaman. Lebih-lebih lagi yang bergaji kecil. Katanya, bajet 2015 tidak dapat beri rumah PR1MA pada semua orang. Siap kena cabut undi lagi.

Peniaga ini ingin sangat beli rumah sendiri akibat desakan ekonomi.  Kalau dengan gaji sekarang agaknya bila boleh membeli rumah? Harga rumah sekarang mahal menjadi-jadi. Ramai mengeluh tidak mampu membeli rumah. Bila berniaga online, kita boleh lihat ramai mendapat manfaat, seperti suri rumah atau pekerja kerajaan & swasta yang berjaya mengubah gaya hidup mereka. Jangan tidak percaya, ada yang sudah mampu membeli rumah sendiri dengan berniaga online!

Apa-apa pun, untuk mengelakkan di denda RM5,000 yang membolehkan keuntungan hangus, rasanya lebih elok daftar sahaja perniagaan anda.

Cara daftar syarikat di SSM

  1. Semak lokasi SSM berdekatan anda di http://www.ssm.com.my/
  2. Bawa salinan fotostat IC dan juga wang tunai
    – RM70 bayaran untuk nama perniagaan bukan nama sendiri /
    – RM40 bayaran untuk nama perniagaan dari nama sendiri
  3. Minta borang pendaftaran perniagaan milikan tunggal di kaunter.
  4. Isi dengan menggunakan huruf besar.
  5. Ambil nombor dan tunggu sehingga di panggil!

 

Pendapat Saya

Tidak dapat disangkal, tidak semua peniaga online itu jujur. Ada yang penipu, ada yang biadap. Ramai yang suka terkena, ditipu bulat-bulat.

Persoalan sekarang, dengan memaksa peniaga online mendaftarkan perniagaan online mereka, adakan SSM dapat selesaikan masalah penipuan ini? Boleh sediakan bantuan untuk yang mahu bermula? Boleh atur untuk beri pinjaman untuk peniaga online yang kekeringan wang?

Dengar kata, peniaga atas talian ini bakal dikenakan GST juga. Pendekatan saya mudah, ikut sahaja kata kerajaan. Apa sangat keluarkan RM70 daripada kena denda RM5000!

Anda bagaimana?.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×