Didik

Tular Dakwaan Pengetua Hantar Mesej Unsur Romantik Kepada Pelajar Tingkatan 3, Polis Belum Terima Laporan

mesej tidak senonoh

Dakwaan seorang pengetua sekolah menghantar mesej tidak senonoh kepada seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Perak mencetuskan kebimbangan selepas perkara itu tular di media sosial.

Susulan dakwaan berkenaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan siasatan dijalankan bagi memastikan perkara itu diteliti dengan sewajarnya.

Baca juga: Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Dibawa Pelajar 16 Tahun, Sekolah Di Kuching Diarah Tutup!

JPN SIASAT PENGETUA SEKOLAH HANTAR MESEJ TIDAK SENONOH KEPADA PELAJAR

mesej tidak senonoh

Gambar: Tangkap layar Threads.

Pengetua ditempatkan sementara di PPD Bagan Datuk

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan pengetua berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pengetua itu sudah ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk sehingga siasatan selesai.

Perkara itu dimaklumkan menerusi komen Fadhlina pada hantaran tular berkaitan isu berkenaan di platform Threads.

Terdahulu, satu hantaran di media sosial meminta ibu bapa dan masyarakat di Teluk Intan supaya lebih berwaspada susulan dakwaan membabitkan pengetua sebuah sekolah menengah kerajaan.

Antara dakwaan yang dikongsikan termasuk penghantaran mesej berunsur romantik kepada seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga, selain dakwaan berkaitan gangguan seksual dan hubungan sulit.

Dalm rakaman video yang tular itu, memaparkan seorang lelaki dipercayai pengetua berkenaan berdepan beberapa wanita yang mahu mendapatkan penjelasan daripadanya.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih dalam siasatan dan kesahihannya belum dapat dipastikan setakat ini.

Baca juga: Lebih 300 Pelajar Perempuan Jadi Mangsa Gambar B*gel AI, Telefon Pelajar Tingkatan Lima Bongkar Segalanya

Polis belum menerima laporan berhubung dakwaan

mesej tidak senonoh

Gambar Berita Harian: Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan gangguan seksual dan penghantaran mesej tidak senonoh oleh pengetua terbabit kepada pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Berita Harian.

“Setakat ini, tiada laporan polis diterima,” katanya.

Sebelum ini, dakwaan berkenaan menjadi tular menerusi satu hantaran di Threads yang mendakwa pengetua itu menghantar mesej kepada seorang pelajar perempuan, termasuk menggunakan ungkapan ‘I love you’.

Sumber: Berita Harian (1) (2)

FT Image: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×