Percutian

Pengalaman Saya Bercuti 4H3M Atas Kapal Starcruise Libra Dengan Bajet RM1089

425
SHARES
pakej pelayaran islamik

Kalau dahulu mungkin kita tak pernah mengimpikan percutian di atas kapal mewah. Tapi, kini ia semakin menjadi trend dengan pakej pelayaran mampu milik dan tempoh masa pelayaran yang lebih fleksibel untuk orang awam.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa agaknya aktiviti semasa pelayaran di atas kapal nanti. Sesuaikah untuk famili? Mabuk laut tak? Kali ini kami berbesar hati kerana Cik Anis Syahira sudi berkongsikan pengalaman beliau yang telah menyertai pakej Starcruise Libra dari Pulau Pinang bersama keluarga.

Jadi, kepada sesiapa yang memasang impian untuk merasai percutian sebegini, mari kita baca ulasan beliau selengkapnya.

Pengalaman Bercuti 4H3M Atas Kapal Starcruise Libra Dengan Bajet RM1089+

Hai, saya ingin berkongsi pengalaman dan tips kepada sesiapa yang mempunyai merancang untuk merasai percutian atas kapal Starcruise Libra 4D3N Penang-Phuket-Krabi-Penang.

Harap ianya membantu.

1. Waktu Bertolak

Waktu bertolak (embarkation) untuk 4D3N Penang-Phuket-Krabi-Penang adalah setiap hari Ahad di Swettenham Pier, Penang International Cruise Terminal (PICT).

Ship check-in bermula pukul 1.00pm. Kami antara yang terawal. Excited bak ang! Apapun, pastikan datang awal kalau tak nak tertinggal kapal sebab last boarding pukul 3.30pm.

2. Pilihan Kabin

Ada banyak jenis pilihan kabin, antaranya inside stateroom, oceanview cabin, deluxe oceanview, suites, dan sebagainya.

Untuk percutian ini saya memilih inside stateroom (tidak bertingkap) sebab ini pilihan kabin yang paling murah berbanding cabin-kabin lain dan kabin ini boleh memuatkan 2/3 person. Just nice.

Lagipun, kebanyakan masa kita akan berada di luar kabin untuk menikmati pemandangan dan angin laut, ataupun sibuk meneroka setiap on-board facilities & entertainment.

pakej starcruise

3. Bajet

Kalau bercuti, bajet memang sangat penting! Bagi percutian Starcruise, bajet ini sebahagian besarnya bergantung kepada pilihan kabin masing-masing. Harganya juga mungkin berbeza berdasarkan destinasi, promosi, dan musim (low/mid/peak season).

Kalau nak beli tiket, cuba survey di page Starcruise atau mana-mana ejen pelancongan yang menawarkan pakej cruise. Kami dah beli tiket masa MATTA Fair 2017. Kalau nak tiket murah, kenalah rajin serbu MATTA Fair yang seterusnya ya.

Di bawah ini adalah breakdown bagi pakej yang kami dapat.

Harga: Rm1089/seorang (low season)

Pakej termasuk

  • Penginapan 3 malam dalam kabin (inside stateroom)
  • Makanan (4 kali sehari)
  • Caj pelabuhan
  • Tour di Phuket dan Krabi

Pakej TIDAK termasuk

  • Gratuity fee RM150/seorang (kena bayar on board sebelum check out)
  • Makan tengahari di Krabi
  • Hiburan / minuman berbayar
  • Cenderahati & perbelanjaan di Phuket dan Krabi

4. Check-In

Semasa check-in, setiap penumpang akan diberi access card dengan nama masing-masing pada kad. Pasport kita akan diserahkan kepada krew kapal sehingga hari terakhir cruise.

Jadi, access card ini sangat penting ya! Kena swap setiap kali meninggalkan kapal atau masuk kapal, dan juga setiap kali waktu makan. Juga digunakan bagi tujuan verifikasi dan keselamatan. Kalau takut tercicir access card, pakailah lanyard.

5. Fasiliti & Aktiviti

Ada macam-macam fasiliti dan aktiviti yang disediakan sepanjang pelayaran atas kapal. Boleh refer buletin harian ‘Star Navigator’ untuk mendapatkan update bagi setiap on-board entertainment, aktiviti dan notis penting.

Antara fasiliti yang disediakan – restoran, gymnasium dan KTV (deck 10), swimming pool, jacuzzi dan bars (deck 9), jogging track dan basketball court (deck 6), salon dan spa (deck 4), Resorts World At The Sea * Haa, faham-fahamlah tempat apa ni ya. Ada banyak lagi entertainment, jadi jangan risau kalau bosan.

Wifi ada disediakan on-board dengan caj tertentu, atau boleh roaming bila dah sampai Thailand nanti. Itu pun line macam ada tak ada. Biasalah atas laut.

Jogging track (Deck 6). Kalau tak silap, 1 lap 348m.

 

Basketball court (deck 6)

6. Makanan

Ada 4 kali makan setiap hari berdasarkan full day itineraries. (Breakfast/Lunch/Dinner/Supper).

Penumpang boleh pilih nak makan di mana-mana restoran yang menyediakan makanan berbeza. Ada Japanese, Chinese, Southeast Asian cuisines dan sebagainya. Restoran Halal ada dekat Spice and Blue Lagoon Restaurant (deck 10). Kebiasaannya kami makan buffet di Mariner Buffet (deck 9). Makanannya memang 5 star! Sebab itulah berat badan pun naik 2 kg…. Huhu.

Malam terakhir atas Starcruise Libra ada Gala Dinner. Kena buat tempahan awal sebab tempatnya terhad. First come first serve.

Sarapan di Mariner Buffet

7. Aktiviti Tepi Pantai / Pelabuhan (Shore Exercusion)

Bagi yang ambil pakej Starcruise tanpa tour Phuket dan Krabi, masih boleh dapatkan pakej ini on-board dengan caj tertentu. Tapi kalau nak berjalan sendiri pun boleh sebab di pelabuhan nanti ada banyak teksi dan tuk-tuk yang menunggu.

Diingatkan juga bagi sesiapa yang nak round Phuket dan Krabi sampai Puas, lebih baik naik kapal terbang dan menginap di sana. Bila naik Starcruise, masa sangat terhad dan agak rushing. Kena patuhi boarding ship time kalau tak nak tertinggal kapal.

8. Itinerari Penuh

Hari Pertama (Ahad)

  • 1.00pm – Check-in di Swettenham Pier Penang. Lepas boarding terus ada snek di Mariner Buffet.
  • 5.00pm – Pelepasan. Pada masa yang sama ada safety drill. (kehadiran wajib)
  • 6.00pm – Welcoming dance dan BBQ dinner di pool deck.
  • 7.30 pm – Tengok sunset di deck 10.
    Malam-malam ada banyak hiburan lain seperti magic show, tayangan blockbuster movie, dan macam-macam lagi. Don’t miss it! Boleh rujuk Star Navigation Bulletin.
  • 11.30pm – Supper

Sunset

 

Pool deck

Hari Kedua (Isnin)

  • 7.30am – Sunrise dan sarapan di Mariner Buffet. Pagi-pagi pun ada macam aktiviti serta hiburan. Boleh rujuk Star Navigation Bulletin.
  • 11.00am – Makan tengahari sebelum disembarkation.
  • 12.00pm – Tiba di pelabuhan Phuket.
    Untuk tour di Phuket, kami pergi ke Cashew Nut Factory, Honey Bee Farm, Chalong Temple, Promthep Cape, Patong Beach and Jungceylon Shopping Mall.
  • 11.59pm – Semua penumpang mesti balik ke pelabuhan semula. Kalau on-board awal boleh dinner dan supper on-board. Jimat duit.
  • 1.00am – Departure dari Phuket.

Phuket

 

pakej pelayaran malaysia

Cha Long Temple

 

Promthep Cape

Hari Ketiga (Selasa)

  • 7.30am – Sunrise dan sarapan di Mariner Buffet.
  • 10.30am – Naik bot ke Krabi. Berbeza dengan Phuket, kapal akan berhenti di tengah-tengah laut. Disebabkan muatan bot yang terhad, siapa cepat dia dapat.
  • Perjalanan atas bot ambil masa dalam setengah jam.
    Untuk tour di Krabi, kami pergi ke Ao Nang Beach shopping & lunch, Tiger Cave Temple, dan akhir sekali Mud Crab Scupture. Tak sempat snorkelling pun. Huhu.
  • 5.30pm – Bot terakhir dari pantai ke kapal adalah pada jam 5.30pm. Jadi, masa di Krabi memang limited.
  • 6.30pm – Gala dinner. Ada dress code: smart casual. Malam terakhir ada farewell party cocktail, entertainment, dan late supper di pool deck.

Sunrise

Gala dinner

Hari Keempat (Rabu)

  • 7.30am – Sunrise dan sarapan di Mariner Buffet.
  • Sebelum disembarkation, ada prosedur check-out dan urusan pembayaran bil sebelum mendapatkan semula pasport.
  • 12.00pm – Ketibaan di Penang.

Nota Tambahan

*Itinerari ini hanya tertakluk kepada pakej 4H3M Penang-Phuket-Krabi-Penang sahaja. Pakej lain mungkin ada beza dari segi harga dan aktiviti yang disediakan.

*Bagi yang meragui status ‘kebersihan’ restoran atas kapal, boleh ambil Pakej Pelayaran Islamik. Kebetulan masa kami pergi memang ada sekali dengan Program Pelayaran Islamik. Ada Hafiz Hamidun tau. Jadi, nampaklah ramai muka-muka Muslim dan tidak diragui ‘kebersihan’ nya.

*Sedikit rugi sebab masa kami pergi (akhir bulan Julai) cuaca di Laut Andaman tidak begitu baik. Kapal bergoyang-goyang sikit. Cuaca di Phuket dan Krabi pun tak berapa cantik. Angin kuat dan hujan. Red flag dekat pantai.

Ini pagi pertama sebelum sampai ke Phuket. Angin kuat, kapal bergoyang sampai berkocak air kolam. Kalau yang mabuk laut memang pening.

* Masa atas kapal mengikut masa di Malaysia. Jangan terleka dan bergantung kepada masa di smart phone sebab biasanya ia akan set mengikut zon masa negara lain secara automatik. Waktu di Thailand lewat sejam.

Itu saja perkongsian daripada saya. Kalau panjang umur, ada jodoh, nak pergi dengan suami pula. Naik Starcruise Virgo ke, Gemini ke, Aquarius ke. Hehe. Amiin.

Apapun, semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak gambaran dan membantu persediaan mereka yang merancang percutian seterusnya.

 

**Penulisan Cik Anis Syahira ini pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook beliau. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×