Didik

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 Online Mulai 1 Mac 2021

6.4K
SHARES
pendaftaran tahun 1 2022 2023

MAKLUMAN: Borang Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 boleh mulai diisi secara online oleh ibu bapa dan penjaga 1 Mac 2021 ini melalui Portal SPS (Modul Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia) KPM.

Jadi, ibu ayah yang ada anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun sila save tarikh ini dan jangan lupa daftarkan nama mereka secara atas talian ya.

Berikut adalah info terperinci untuk ibu ayah lebih alert mengenainya.

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 Secara Online

Sistem Pendaftaran Tahun 1 Dalam Talian diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan transaksi perkhidmatan ini.

Syarat Permohonan

Anak anda layak untuk memohon kemasukan Tahun 1 sesi 2022 jika mereka lahir pada

  • tahun 2015 (berumur 6 tahun pada 2021),
  • Tahun 2016 (berumur 5 tahun pada 2021) atau
  • 1.1.2017 (berumur 4 tahun pada 1.1.2021)

pendaftaran tahun 1 2022 2023

 

Cara Daftar Pengguna Kali Pertama

Ibu bapa / penjaga perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu jika masih belum berdaftar.

Jika telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan tuan/puan.

Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Jika TERLUPA KATA LALUAN, pengguna boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

Cara Pendaftaran Tahun 1 2022 / 2023 Online

Untuk membuat pendaftaran, sila rujuk langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web rasmi KPM : https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang PENGGUNA BARU (bagi pengguna kali pertama)
  3. Isikan maklumat dan buat pengesahan.
  4. Klik DAFTAR MASUK. Gunakan kata laluan yang telah didaftarkan tadi.
  5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada TAHUN 1 (Pendaftaran / Penyemakan).
  6. Setelah itu, pilih Permohonan Baharu.
  7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan.
  8. Setelah memasukkan ID pengenalan murid, masukkan maklumat-maklumat peribadi murid.
    • Maklumat asas pemohon / murid adalah diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
    • Pengguna hendaklah mengisi semua medan wajib bertanda (*).
    • Setelah selesai mengisi semua maklumat, klik butang ‘Simpan Dan Seterusnya’.
  9. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
    • Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  10. Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

Dokumen yang diperlukan

  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah / cerai (salinan + asal)
  • Bil terkini yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor / salinan vaksinasi dan kad OKU jika berkaitan
  • Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

Semak Status Rayuan

Untuk semakan permohonan setelah membuat perakuan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke portal KPM https://public.moe.gov.my/
  2. Klik menu Semak Permohonan.
  3. Status permohonan murid akan dipaparkan seperti rajah di bawah.
  4. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan dengan
    menekan link seperti yang ditunjukkan di bawah.

pendaftaran tahun 1 2022 2023

Maklumat Lanjut

Garis Panduan Utama Lengkap
Garis Panduan Daftar Tahun 1

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal masuk Tahun 1 di tahun hadapan ok!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×