Sihat

Tak Perlu Risau Lagi, 2 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Jadi Penawar Batuk Kahak Berpanjangan!

15
SHARES
batuk berkahak

Batuk berkahak adalah masalah kesihatan yang sering berlaku kepada setiap orang sama ada dalam keadaan demam ataupun tidak. Paling menyakitkan hati apabila ia berpanjangan sehinggakan mengganggu aktiviti seharian seseorang. Ada yang telah mencuba pelbagai alternatif untuk hilangkan batuk berkahak ini namun masih gagal.

Kebiasaannya, batuk berkahak mengambil masa berminggu untuk pulih, walaupun setelah penghidap mencuba pelbagai cara merawatnya. Ada yang sampai habis duit dengan membeli ubat, namun batuk berkahak masih tidak lega. Tapi jangan risau kerana untuk perkongsian kali ini, penulis akan kongsikan cara hilangkan batuk berkahak hanya dengan menggunakan dua bahan semulajadi, boleh cuba di rumah!

Baca juga: Susah Hilangkan Batuk? Nah, Cuba 5 Petua Orang Lama Ni!

PENAWAR BATUK BERKAHAK MENGGUNAKAN 2 BAHAN SEMULAJADI, SENANG CUBA DI RUMAH

Bahan-bahan:

  1. 1 biji buah pear
  2. 2 helai kamchau

Cara penyediaan:

1. Potong bahagian atas buah pear.

batuk berkahak

2. Kemudian, korek bahagian tengah buah pear menggunakan sudu. Makin dalam, makin bagus.

batuk berkahak

3. Letak 2 helai kamchau dan tutup atas pear tadi.

batuk berkahak

4. Kukus selama sejam dengan api kecil. Setelah siap, minum air pear kukusan itu semasa ia masih panas. Buah pearnya pula boleh dimakan seperti biasa.

batuk berkahak

batuk berkahak

Walaupun ia merupakan ‘ubat’ batuk berkahak, namun rasa air pear kukusan ini sedap dan manis. Setiap orang boleh mencuba resipi ini tidak kira golongan usia sama ada muda atau tua. Hasilnya, batuk berkahak akan hilang dalam masa terdekat. Daripada putus asa mencari penawar batuk berkahak ini, kan lebih baik jika anda ikhtiar dengan menggunakan resipi ini. Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Athirah Yusof via Racun Shopee Malaysia Official

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×