Famili

Terlepas Hukuman Mati, Pegawai Polis Dipenjara 7 Tahun 6 Bulan Kes Langgar Pelajar Hingga Maut

PEGAWAI KANAN POLIS

Seorang pegawai kanan polis, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie.

Baca juga: “Ini Sahih”- Buku Teks Digunakan Daiyan Trisha Ketika Tingkatan 5 Viral, Warganet Kongsi Reaksi Lucu

PEGAWAI KANAN POLIS TERLEPAS HUKUMAN MATI

PEGAWAI KANAN POLIS

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas pertuduhan membunuh terhadap Mohd. Nazri, 47, dipinda kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat pada akhir kes pendakwaan.

Mohd. Nazri mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh.

Mahkamah turut memerintahkan supaya hukuman penjara itu dikira bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 15 Disember 2023.

Kes berkenaan melibatkan kematian Muhammad Zaharif Affendi, seorang pelajar Tingkatan Lima yang menjadi perhatian selepas insiden tersebut membawa kepada tindakan undang-undang terhadap pegawai polis berkenaan.

Baca juga: Tendang & Jentik Anak Dalam Lif Kerana Berebut Stroller, Rakaman CCTV Cetus Kemarahan Warganet

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×