Famili

Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil

8.9K
SHARES
panduan solat tarawih

Menjadi salah satu ibadah yang paling dinantikan oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia apabila tibanya bulan Ramadan adalah solat sunat terawih. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang berpeluang untuk mengerjakan solat ini di masjid kerana kekangan masa dan kerja. Jadi, kita perlukan panduan solat tarawih yang mudah dilakukan di rumah!

Khususnya untuk para wanita dan ibu yang perlu menjaga ramai anak di rumah, inilah panduan dan caranya untuk anda menunaikan solat sunat terawih di rumah bersendirian. Ringkas!

PANDUAN SOLAT TARAWIH, TERUTAMA BERSENDIRIAN

1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?

2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

panduan solat tarawih

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH

panduan solat tarawih

Baca niat,dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Surah selepas Al-Fatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:

panduan solat tarawih

Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8,16,20. Selesai solat tarawih, baca doa selepas terawih berikut;

SOLAT WITIR

Selepas menunaikan solat tarawih,jangan lupa juga solat witir. Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih.
2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.

Selesai 3 rakaat witir,baca doa berikut:

*Selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan ibadah terawih ya!

Sumber : MyNewsBistro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×