Sihat

Tak Berdarah Malam Pertama, Rupanya Dah ‘Disentuh’? Pakai Tampon Boleh Hilang Dara? Ini Penjelasan Doktor

hilang dara

Masih ramai wanita yang tertanya-tanya sama ada penggunaan tampon boleh menyebabkan hilang dara, selain bimbang apabila tidak mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan intim selepas berkahwin.

Baca juga: Kes Sambung Semula Dua Tangan Putus Bukan Mudah, Hospital Selayang Catat 3 Kejayaan Luar Biasa!

PANDANGAN SALAH TENTANG HILANG DARA

hilang dara

Gambar hiasan: Gemini AI

Kepercayaan ini sudah lama berakar umbi dalam masyarakat, sedangkan keadaan selaput dara bukan bukti seseorang wanita pernah melakukan hubungan seksual atau sebaliknya.

Malah, tanggapan bahawa wanita yang tidak berdarah pada malam pertama sudah tidak suci juga tidak mempunyai asas perubatan yang kukuh. Jadi, apa sebenarnya fungsi selaput dara dan benarkah keadaannya boleh menentukan keperawanan seseorang?

Apa itu selaput dara atau hymen?

Menurut perkongsian di Instagram dan Threads oleh Doktor Muhammad Izzat (@d_rizzat), selaput dara atau hymen ialah tisu elastik yang terletak di sekitar bukaan faraj. Bentuk, ketebalan dan tahap keanjalannya berbeza bagi setiap individu.

Tisu ini juga boleh meregang tanpa terkoyak. Oleh itu, keadaan selaput dara tidak boleh dinilai berdasarkan satu bentuk atau rupa tertentu untuk menentukan sejarah seksual seseorang wanita.

Baca juga:

Pakai tampon boleh menyebabkan hilang dara?

Penggunaan tampon tidak semestinya menyebabkan selaput dara terkoyak. Hal ini kerana hymen mempunyai tahap keanjalan yang berbeza dan boleh meregang apabila terdapat tekanan atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj.

Justeru, wanita tidak sepatutnya menganggap penggunaan tampon secara automatik menyebabkan mereka kehilangan keperawanan. Keadaan selaput dara juga tidak boleh dijadikan ukuran maruah seseorang.

Baca juga: “Pergi Scan Benjolan Rupanya…”- Wany Hasrita Tak Sangka Anak Perempuan Alami Angin Pasang & Perlu Dibedah

Tak berdarah pada malam pertama, adakah tanda sudah tidak dara?

hilang dara

Gambar hiasan: Gemini AI

Satu lagi salah faham yang sering dipercayai ialah setiap wanita mesti mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan seksual buat kali pertama.

Hakikatnya, hubungan seksual pertama tidak semestinya menyebabkan pendarahan. Keadaan ini berbeza antara individu dan ketiadaan darah bukan bukti seseorang wanita pernah melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin.

Jadi, tidak wajar seseorang wanita dituduh atau dipersoalkan tentang sejarah seksualnya hanya kerana tidak mengalami pendarahan pada malam pertama.

Pemeriksaan selaput dara tak boleh buktikan sejarah seksual

Perkongsian itu turut menegaskan bahawa tiada pemeriksaan perubatan, termasuk pemeriksaan selaput dara, yang boleh membuktikan secara pasti sama ada seseorang wanita pernah melakukan hubungan seksual atau tidak.

Ini kerana keadaan hymen berbeza-beza dan tidak dapat memberikan bukti yang boleh dipercayai tentang sejarah seksual seseorang.

Salah faham mengenai selaput dara bukan sahaja boleh menimbulkan kebimbangan, malah berisiko menyebabkan wanita berasa tertekan apabila maruah mereka dipersoalkan berdasarkan keadaan tubuh sendiri.

Seperti yang ditekankan dalam perkongsian @d_rizzat, selaput dara bukan sijil kesucian, manakala darah pada malam pertama bukan bukti keperawanan. Maruah seorang wanita tidak sepatutnya ditentukan melalui keadaan hymennya.

Sumber: Instagram & Threads @d_rizzat

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×