Kisah seorang remaja orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang gigih mengusahakan perniagaan jual burger bersama bapanya mendapat perhatian selepas kisah mereka tular di media sosial baru-baru ini.
Dikenali sebagai Adik Eerah atau nama sebenarnya Jaheerah, dia mengusahakan perniagaan Eerah Burger bersama bapanya, Encik Nadzri, di Kota Warisan. Perniagaan yang telah beroperasi selama lima tahun itu mampu mencatatkan jualan sehingga 100 biji burger sehari.
Baca juga: Kes Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Ketika Dijaga Pengasuh, Bedah Siasat Sahkan Kecederaan Kepala!
OKU JUAL BURGER DAPAT PERHATIAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Meskipun berdepan cabaran sebagai individu OKU pembelajaran, termasuk disleksia, keadaan tersebut tidak menghalang Adik Eerah daripada berusaha membina perniagaan bersama keluarganya.
Kegigihan Adik Eerah dalam membantu mengusahakan perniagaan keluarga itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas kisahnya tular di media sosial.
Menurut perkongsian Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, beliau berpeluang bertemu dan menyantuni Adik Eerah yang hadir bersama bapanya.
Mewakili Perdana Menteri, Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada Adik Eerah sebagai tanda keprihatinan serta dorongan agar dia terus maju dalam perniagaan yang diusahakan.
Semangat Adik Eerah jadi inspirasi

Kisah Adik Eerah membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk seseorang terus berusaha dan mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Dengan sokongan keluarga serta semangat yang ditunjukkan, usaha Adik Eerah membangunkan Eerah Burger menjadi inspirasi kepada masyarakat agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.
Semoga perniagaan Eerah Burger terus berkembang maju, dimurahkan rezeki dan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai individu di luar sana.
Sumber: Facebook Ahmad Farhan Fauzi
