Asuh

7 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Ibu Yang Menyusu Badan

8.3K
SHARES

“…. Alahai, daripada zaman nenek moyang kita lagi wanita dah menyusukan anak. Jadi, takkanlah susah sangat nak menyusu badan. Letak saja bayi di dada, keluarlah susu kan?”

Saya tertarik dengan perspektif lelaki melihat bagaimana proses penyusuan bayi itu menyedarkannya bahawa menyusu badan memang menjadi sebahagian besar daripada hidup wanita.

Seorang suami, Clint Edwards, melalui sebuah artikelnya di laman web scarymommy.com mengaku bahawa banyak perkara yang dipelajari semenjak isterinya memulakan penyusuan bayi untuk anak ketiga mereka.

Menurutnya, banyak aspek yang tidak disedari oleh kaum lelaki dalam memahami wanita yang menyusu badan.

Ini antara perkara yang dapat dipelajari oleh si suami tersebut, dan saya percaya ramai lagi suami yang baru bergelar bapa merasainya.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

7 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Ibu Yang Menyusu Badan

1. Ops, susu ‘leaking’!

Uniknya, payudara wanita memang mudah mengalirkan susu sepanjang tempoh penyusuan bayi, walaupun tiada bayi di sisi. Sebab itulah mereka memerlukan ‘breast pad’ untuk melindungi daripada ‘kebocoran’ ini.

Berbeza dengan lelaki, aku cuma boleh berasa bingung, kekok, atau stres apabila mendengar bayi menangis. Tapi, aku tak sangka tubuh wanita boleh merespon sebegitu rupa terhadap tangisan bayi atau jika tempoh masa penyusuan bayi yang terakhir sudah terlalu lama,” ujar Clint.

Bunyinya memang kelakar, tapi limpahan susu ini kalau terlalu banyak boleh menyebabkan mastitis atau bengkak susu. Jika dibiarkan tersumbat tanpa tindakan, ia boleh menyebabkan demam hingga payudara terpaksa dibedah.

2. Payudara bukan sekadar objek seksual

Semenjak seseorang isteri menyusu badan, payudara mereka tidak lagi menjadi sesuatu yang seksual.

Bagi lelaki, ia tentunya sesuatu yang ‘baru’ dan mengujakan apabila melihat isteri anda mendedahkan sebahagian besar ‘aset’nya.

Malah, ada juga wanita yang rasa kurang sensitif pada payudara apabila berhubungan dengan suami akibat penyusuan badan. Secara saintifiknya, penyusuan badan juga menghasilkan hormon-hormon yang bersifat anti-libido (mengurangkan nafsu) yang menyebabkan mereka kurang selesa terhadap rangsangan seksual daripada suaminya.

Namun, jika diberitahu dengan baik, lama-kelamaan si suami tentu akan memahami betapa ‘natural’nya proses ini berbanding seksual.

menyusu badan

Foto Kredit: bellybelly.com.au

3. Menyusu badan membuatkan anak ‘membenci’ suami

Berbanding dengan anak yang meminum susu daripada botol susu, anak yang menyusu badan sangat rapat dengan ibunya.

Ini tidak lain tidak bukan kerana dia rasa sangat ‘attached’ dengan ibu yang menyusu badan.

Kata Clint, “Bermulalah episod diskriminasi bapa-bayi. Dia akan rasa tak selesa dengan kehadiran aku. Pandang pun menangis, apatah lagi mendukungnya! Sepanjang 3 bulan pertama, aku rasa dibenci, seperti orang luar.”

4. Banyaknya komplikasi!

Puting melecet, puting susu tenggelam, puting tersumbat, macam-macamlah lagi. Belum lagi termasuk ‘nipple cream’, ‘nipple shield’, ‘nipple pads’, dan pelbagai aksesori lagi untuk membantu masalah ini.

Kata Clint lagi, “Baru aku tahu anggota sekecil itu mampu menimbulkan pelbagai komplikasi. Aku tak pernah sangka ianya mempunyai fungsi selain menjadikan bentuk badan kami simetri sebagai lelaki.”

Foto Kredit: botaebebave.com

Foto Kredit: botaebebave.com

5. Saiz payudara ibu berubah-ubah

Memang cantik payudara wanita yang menyusukan badan kerana ia akan menjadi besar apabila ‘penuh’.

Sehingga wanita sendiri jadi keliru dengan saiz bra yang perlu dipakai sepanjang tempoh penyusuan.

“Nak pakai bra rasa ketat, kadang-kadang longgar sangat. Bila tak pakai, boleh melecet dan ‘leaking’ pula. Nak kena beli bra lainlah!” getus seorang ibu.

“Eh, kan baru beli bra semalam. Takkan nak beli yang lain lagi?” kata si suami.

Ramai lelaki tak faham betapa sukarnya kita hendak mencari bra menyusu yang selesa kerana saiz yang tidak tetap ini.

Lagi pula, kadang-kadang sebelah payudara lebih besar daripada sebelah yang lain.

cara pilih bra

Foto Kredit: wikihow.com

6. Ibu perlu menyusu atau mengepam dengan sangat kerap

Sebagai seorang ayah, pernahkah anda mengira berapa kali isteri anda menyusukan bayi pada waktu siang dan berjaga malam untuk mengepam?

Pada awal kelahiran, bayi perlu disusukan setiap 2 jam. Dan selepas 3 bulan berikutnya, mereka boleh disusukan apabila perlu.

Namun, secara pratanya seorang ibu perlu mengepam sebanyak 6-10 kali dalam sehari, termasuklah pada waktu tengah malam atau awal pagi.

Inilah antara punca yang menjadikan seorang ibu tak cukup tidur. Di tempat kerja pun masih mengepam!

Foto Kredit: welrounded.ny.com

Foto Kredit: wellrounded.ny.com

7. Perlu pakaian dan aksesori yang banyak untuk memudahkannya

Baju mesra menyusu, bra menyusu, ‘nursing cover’, termasuklah segala keperluan untuk menyimpan susu ibu ini bukanlah sesuatu yang remeh.

Harganya pula boleh tahan mahal.

Kaum suami mungkin tak tahu betapa perlunya keperluan ini untuk memudahkan proses menyusu badan.

Bayangkanlah jika si suami terpaksa tinggal sendirian bersama anak-anak. Begitu banyak alatan daripada beg sejuk beku, ‘warmer’, stok susu, dan macam-macam lagi.

Belum lagi masuk cara nak menyahbekukan stok susu atau membancuh makanan bayi dengan susu ibu. Pening!

Anak suka berkepit

Foto Kredit: chicagotribune.com

Beri Sokongan Kepada Isteri Sepanjang Proses Menyusu Badan

Menariknya, dengan mengetahui perspektif lelaki tentang penyusuan badan ini, wanita dapat mengambil inisiatif untuk memahamkan mereka tentang penyusuan bayi.

Kadangkala, wanita terlalu sibuk dalam dunianya dan bayi hingga beranggapan lelaki boleh membaca minda mereka.

Jadi, kedua-dua suami dan isteri perlu sama-samalah saling mengingatkan dan menyokong proses menyusu badan kerana ia adalah sesuatu yang mencabar.

Tapi, ternyata ia mempunyai seribu satu hikmah dan manfaat!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×