Nur

8 Tips Persiapan Menjemput Malam Lailatul Qadar

1.4K
reads
Malam Lailatul Qadar

Persiapan Menjemput Malam Lailatul Qadar

Kita perlu rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana disampaikan di bulan Ramadhan yang terbaik ini. Pada hari-hari biasa ada waktu-waktu tertentu yang baik untuk doa seperti ketika hujan, 2/3 malam terakhir, musafir dan sebagainya, pasti akan Allah makbulkan.

Tetapi di bulan Ramadhan Allah gabungkan waktu-waktu mustajab doa semua di dalam bulan Ramadhan. Itu sebab kita juga berhati-hati apabila berkata buruk takut malaikat akan mengaminkan kata-kata kita. Terlalu banyak kelebihan malam Lailatul Qadar, maka jangan sampai terlepas.

3 tempat yang terbaik untuk berdoa adalah di Masjidil Haram ( Multazam), Masjid Nabawi (Raudhah) dan Masjid Al-Aqsa (tempat Nabi sebelum naik ke langit). Tangguhkan pergi bercuti  ke tempat lain selagi kita belum sampai di tempat-tempat ini.

Amalan Malam Lailatul Qadar

1. Pastikan solat di awal waktu. Allah akan selesaikan segala masalah kita jika solat diawal waktu. Kita dahulukan Allah, pasti Allah akan membantu kita. Amal yang pertama akan dihisab adalah solat. Solat diawal waktu ini yg terbaik!

2. Hormati ibu dan bapa. Jangan sakiti mereka. Muliakan ibu bapa kita. Jika mereka ada kata perkara yg menyakiti kita, kita hanya sabar dan diam sahaja dan berdoa kpd Allah. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu dan bapa.

3. Jihad fisabillah

8 Tips Persiapan Menjemput Malam Lailatul Qadar

Apakah antara amalam yang perlu dilakukan? Apakah pula doa yang perlu dibaca bila bertemu jodoh dengan Malam Lailatul Qadar?

1. Untuk mendapat Lailatuqadar hanya susah bagi orang yang ada kemunafiqan di dalam hatinya. Seorang Muslim mungkin pergi 3 hari pertama sahaja ke masjid. Tetapi bagi Mukmin akan sentiasa terus untuk mencari malam Lailatulqadar.

2. Kuatkan niat untuk mendapat malam Lailatulqadar dari awal Ramadhan. Sekarang ni perbaharui niat tersebut walaupun bagi wanita yang datang bulan.

3. Melaksanakan ibadah fardhu dan menjagakan yang fardhu. Fardhu ada 5:

a.Syahadah. Buat segala perkara kebaikan kerana Allah.
b. Solat
c. Puasa
d. Zakat- keluarkan pada waktu Ramadhan ini kerana banyak pahala diberi Allah. Allah akan jaga kesihatan,  harta, kerjaya dan business jika keluarkan zakat dan bersedekah.
e. Bercita-cita untuk pergi Haji walaupun tidak mampu. Daftar sekarang.

4. Jaga perkara-perkara Sunnah.  Solat sunat rawatib jangan tinggalkan, sentiasa senyum, Qiyamulail. Qiyamulail ini sebagai tanda kita syukur kpd Allah.

Al-Quran sentiasa dibaca. Hanya Al-Quran dapat menyelamatkan kita di kubur dan dan di Padang Masyhar. Bacalah surah Al-Mulk setiap hari. Zikir harian juga perlu dijaga.

Lakukan ibadah yang fardhu untuk dekatkan diri kepada Allah dan ibadah Sunnah pula untuk mencari cinta Allah.

5. Banyakkan berdoa ketika bulan Ramadhan. Baca doa Lailatulqadar dan doa dari ayat akhir surah Al-Baqarah. Takdir yang buruk akan terhalang dengan doa. Apabila berdoa minta Allah sayangkan kita.

6. Gandakkan taubat dan istighfar supaya diberi keampunan oleh Allah s.w.t. 11 bulan kita sudah melakukan macam-macam dosa. Jadi pada 1 bulan di Ramadhan ini mohonlah ampun dari Allah s.w.t. Nikmat dalam hidup kita adalah apabila dosanya diampunkan.

7. Beriktikaf di 10 malam terakhir. Tahan sikit nafsu tidur. Jangan sia-siakan 10 malam terakhir ini. Hanya 10 malam sahaja yang Allah minta. Mandi dan pakai wangi-wangian ketika berikhtikaf.

8. Berdoa

doa-malam-lailatul-qadar

Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku)

Malam Lailatul Qadar

Foto Kredit: arizona.edu

Semoga Allah s.w.t menerima ibadah kita di bulan Ramadhan dan dikurniakan keutamaan malam Lailatulqadar.

Yang Popular

To Top