Famili

Lapar????? 12 Tempat Makan Yang Wajib Dikunjungi Di Quill City Mall KL!❤

0
reads

Perut berbunyi ke tu? Laparlah tu! Jom ikut admin kita survey tempat makan yang menarik dan best dekat Quill City Mall KL yang sesuai untuk anda kunjungi bila lunch time tiba. Tak perlu dah pening-pening  fikir nak makan dekat mana. Quill City Mall KL ada semuanya. Check it out jom!

ARAGAN YOKOCHO

Penggemar makanan Jepun take note! Inilah restoran yang akan buat anda terpukau. Kedai yang dibahagikan kepada empat musim ini memang awesome gila! Cakap je nak musim apa! Semua ada tau? Menyediakan pelbagai pilihan makanan Jepun dengan harga yang berpatutan anda pasti terpesona dengan hidangan set Sushi Tokuju Nigiri serta Teriyaki Chicken dekat sini.

Memang sedap! Sos dia ada ramuan istimewa dari Jepun dan ingredient masakan di sini sangat fresh. Makanan hanya akan disiapkan apabila anda order tau? Jadi bagi anda yang nak buat jamuan syarikat atau nak feeling-feeling dekat Jepun boleh la singgah sini.

NAPOLI

Bagi mereka yang gemarkan masakan Mediteranian ala-ala Itali boleh la singgah di sini. Dekat sini ada macam-macam menu antaranya Chicken Steak Colorado, Pasta Arabiata dan Fettucini Carbonara with Beef Pepperoni. Ketiga-tiga hidangan ini cukup unik dengan gabungan rasa creamy, masam dan sedikit pedas.

Lagi satu rugi tau kalau tak cuba makanan Arab dekat sini. Especially nasi Arab Napoli. Terbaik sungguh! Besar portionnya sesuai untuk makan bersama keluarga. Napoli memang pilihan yang tepat untuk anda sebab makanan yang disediakan seimbang dan sihat.

Jangan lupa singgah ke Napoli kalau datang ke Quill City Mall KL. Memang sedap dan berbaloi sangat-sangat..

 DEVOTION

Bagi anda yang masih tercari-cari custard puff yang best in KL bolehlah try dekat Devotion ni. Custard puff dekat sini bukan sebarangan! Resepinya dari Taiwan. Cukup lembut dan inti custrd puff pulak tak terlalu manis.. Just nice la katakan! Kalau nak minum petang harus singgah di Quill City Mall KL sebab inilah satu-satunya cawangan Devotion di Malaysia. Rugi kalau tak rasa..

TAPPERS

Sejuknya mata memandang! Ha! Inilah restoran Tappers. Restoran ini jadi pilihan admin sebab rasa makanan dekat sini heaven sangat.. Especially Tappers Hainanese Chicken Chop. Rasanya yang masam-masam manis memang kena sangat dengan kentang yang dibakar dengan mentega.. Empuk gila!

Tapi ada satu lagi yang anda semua kena try dekat sini. Tak lain tak bukan Chicken Parmigiana. Penggemar cheese ini adalah menu khas buat anda! Kenapa? Sebab Chicken Parmigiana ni dihidangkan bersama sos keju mozarella dan parmesan. Memang menyengat dan terangkat habis!

FUEL SHACK

Nak makan burger dengan patty yang original dan juicy habis? Fuel Shack la tempatnya. Restoran makanan ini merupakan sebuah restoran yang mengetengahkan pelbagai jenis dan pilihan burger mengikut citarasa anda.

Ada banyak sangat pilihan burger dekat sini tapi admin recommend anda semua untuk try  Burger Original Shack yang di limpahi keju dan amat sesuai bagi penggemar patty daging.  Takut tak kenyang?Jangan risau burger dia besar gila dan patty dia memang tebal habis. Confirm anda akan puas hati.

SALON DU CHOCOLAT

Amaran! Bagi peminat chocolate anda mungkin mengalami ketagihan! Berhati-hati apabila ada singgah di Salon Du Chocolat. Dah pernah singgah? Amboi kelas kau Lijah! Hahaha! Dengan harga yang cukup berpatutan ada dua menu yang cukup menarik untuk anda cuba dekat sini.

Salon Wrap dan Chocolate Waffle Full Moon. Pergh! Cair dalam mulut kot! Rasa manis yang sedang-sedang dan lembut pasti akan memukau deria rasa anda. Selain itu, anda juga boleh cuba Brownies In A Cup dan Salon Shake yang ada di Salon Du Chocolat. Yang belum pernah try tu kena try! Highly recommend tau buat penggemar chocolate.

THE CHICKEN RICE SHOP

Sedap dan best menu di The Chicken Rice Shop! Basically makanan dekat sini more to family cuisinelah sebab ianya didatangkan dalam portion yang banyak especially kalau order yang set. Banyak gila portion dia.

Semasa admin singgah di sini admin berkesempatan merasai sendiri menu promosi mereka iaitu Ayam Rempah Aroma. Memang sedap! Tapi menu promosi ni hanya available sampai 23 Julai. Jadi tunggu apa lagi! Jom serang The Chicken Rice Shop sekarang jugak!

Ada banyak makanan lain  yang anda boleh cuba antaranya  Curry Laksa dan Homestyle Chicken Tofu. Ternyata The Chicken Rice Shop tidak pernah menghampakan pengunjungnya kerana rasa makanan yang cukup tip top dan dihidangkan panas-panas dari dapur tau? Tak dilupakan juga makanan Nyonya Pie Tee signature utama di sini yang memang ranggup sangat. Kena try dululah baru tau.

KLUANG STATION

Berkonsepkan gerabak kereta api,Kluang Station adalah sebuah restoran yang santai, kasual dan cukup selesa bagi mereka yang gemarkan suasana relax & cool. So kepada anda yang tak tahu nak lunch or dinner dekat mana, Kluang Station is one of the best option yang ada okay?

Paling penting anda kena cuba Hainanese Chicken Chop dengan Nasi Lemak With Whole Leg Fried Chicken dekat sini sebabnya bukan sahaja harga berpatutan tapi portionnya pun memang besar gila. Sesuai sangat bagi yang berkeluarga. Selain itu, anda juga boleh cuba rendang ayam dan daging mereka. Memang terangkat habis!

BASKIN ROBBINS

Panas-panas macam ni kalau dapat ais krim best jugakkan? Jangan risau! Dekat Quill City Mall KL ada kedai ais krim terkemuka Baskin Robbins. Tambahan pulak dekat sini kan ada banyak flavour ais krim yang sedap-sedap dan didatangkan dengan pelbagai saiz hidangan.

Thumbs up untuk Baskin Robbins sebab sentiasa berikan promosi-promosi hebat buat pengunjungnya. Bestkan? So tunggu apa lagi.. Jom kita ke Baskin Robbins Quill City Mall KL. Tambahan pulak sekarang mereka ada promosi khas sepanjang bulan Julai ini. Promosi apa tu? Ha! Kalau nak tahu kena la singgah sendiri di Baskin Robbins.

DUBUYO

Ha! Kepada peminat-peminat cerita korea yang belum pernah cuba makanan Korea tu tak lengkaplah kehidupan anda kalau tak singgah ke Dubuyo ni. Asyik tengok cerita korea je.. Jom try makanan mereka pulak!

Yang menariknya semasa admin singgah ke Dubuyo admin sempat makan Spicy Chi-Jeu Dak dan Honey Mustard Chi-Jeu Dak iaitu menu promosi sempena musim perayaan. Memang sedap! Anda boleh dapatkan kedua-dua menu ini sehingga 23 Julai.

Tapi kena ingat tau! Restoran Dubuyo sediakan pelbagai dish Korea. Tak pasal-pasal admin jatuh cinta dengan Korean Food. Antaranya Honey Garlic Bulgogi,Spicy topokki, Korean Spicy Wing dan Cheese Seafood Soondubu Jigae.. Sedap sangat! Teringat-ingat pulak.

So, Jangan lupa untuk singgah ke restoran Dubuyo bagi menikmati sendiri keenakan masakan korea yang kena dengan tekak ASEAN kita ni…

AYAM PENYET BEST

Mengentengahkan rasa nusantara, restoran Ayam Penyet Best  menyediakan pelbagai pilihan main course berasaskan nasi seperti Ayam Penyet Best  daging atau ayam. Selain itu, terdapat juga hidangan sampingan seperti pecel sayur dan juga sup rawon iaitu sup renehan herba.

Tambah menarik rasa sambal disini cukup pedas, manis dan masamnya. Bab harga pulak memang cukup berbaloi sangat. Dengan harga serendah RM9.60 anda sudah boleh menikmati Ayam Penyet Best (ayam). Bagi yang nak menghilangkan haus dekat tekak tu bolehlah cuba seleksi minuman Plum with Apple Juice dan Kiwi ABC Special, pilihan dan kesukaan admin dekat sini.

PANCAKE HOUSE

Mempunyai peminatnya yang tersendiri Pancake House nyata berada pada kelasnya yang tersendiri. Menggenakan kombinasi warna sejuk dan panas sebagai hiasan restoran anda pasti berasa nyaman dan selesa berada disini. Mengentengahkan pelbagai jenis makanan selain pancake anda boleh cuba beberapa menu yang cukup menyengat disini. Tertanya-tanya apa yang menarik dekat sini?

Banyak sebenarnya yang menarik! Tapi anda boleh cuba Smoked Golden Tinapa, House Burger, Best Taco in Town dan Banana Cinnamon pancake. Memang sedap! Kecur liur! Tak percaya? Anda kena la singgah sendiri ke Quill City Mall KL dan makan di Pancake House.

Pelbagai pilihan yang ada dekat Quill City Mall KL sebenarnya. Nak parking pun tak payah pening-pening dah sebab parking disediakan. Kalau lepas makan tu nak shopping pun boleh sebabnya Quill City Mall KL ada semuanya. Okaylah panjang pulak entri admin kali ni. Selamat mencuba semua.

Yang Popular

To Top