Pilihan Editor

Koleksi Masakan ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ Buat Netizen Terhibur, Hilang Stress Berkurung!

67
SHARES

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai rakyat Malaysia hebat menunjukkan skill memasak masing masing. Pelbagai resepi juga dikongsi antara satu sama lain, malahan juga ada menggunakan peluang ini dengan menjual makanan yang dimasak mereka. Resepi yang dikongsi tidak kira pelbagai jenis, dari resepi air sehinggalah resepi pencuci mulut.

Satu group yang menjadi perhatian di laman Facebook hari ini ialah, Masak Apa Hari Ini, group ini memberi info tentang pelbagai berkaitan masakan. Juga group ini digunakan oleh pengguna facebook untuk bertukar tukar resepi. Post sahaja apa yang anda ingin kongsi, pasti ramai yang mencubanya. Tetapi apa yang lebih mencuit hati dan berjaya mencuri perhatian ramai, apabia tularnya satu lagi group di facebook yang diberi nama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Apa yang dikongsi disini? Mari kita lihat.

Group Kompilasi Masakan Tidak Menjadi

Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini adalah satu group facebook dimana orang ramai berkongsi gambar masakan mereka yang tidak menjadi. Pelbagai bentuk, rupa dan warna makanan berjaya mencuit hati ramai. Lawak pun ada! Boleh lah buat hilang stress sepanjang PKP ni. Berikut merupakan antara masakan yang tidak menjadi yang dikongsikan netizen.

Tepung Pelita ke Tepung Lilin Ni?

Seri Muka Vs Muka Pecah Rumah

Ini Kek Batik ke Batu Bata?

Pavlova Jadi Lava Akhirnya

Karipap Belum Cucuk Collagen Ni

Inilah Yang Dinamakan Warna Warni Kehidupan

Agar Agar Milo ke Binatang Eksotik Ni?

Ini antara perkongsian gambar gambar yang melucukan. Jika anda mahu tengok banyak lagi, boleh like group tersebut dan lihat posting posting didalamnya. Pasti akan buat anda gelak sakan!

Sumber : Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×