Pantang

7 Perkara Isteri Paling Perlukan Masa Berpantang, Tapi Takut Nak Cakap

2.5K
SHARES

“Memang lega dan syukur sangat bila baby dah lahir. Tapi tak sangka tempoh berpantang ni sangat meletihkan… Jadi tak keruan aku dibuatnya. Normalkah begini?”

1-2 bulan pertama selepas melahirkan bayi merupakan tempoh bagi seorang ibu menjalani pemulihan, berehat, membina hubungan dengan bayi, dan belajar menguruskan keperluan bayi. Bagi wanita yang kali pertama bergelar ibu, semestinya ia merupakan pengalaman baru yang disulami kegembiraan. Tapi mungkin ramai tidak menyedari tempoh ini juga membawa episod-episod keletihan, kesakitan, kesedihan, kebosanan, dan kekecewaan.

Ada banyak perkara yang diperlukan oleh ibu ketika tempoh berpantang, tetapi kebanyakan masanya berasa ‘takut’ untuk memintanya. Walaupun ada beranggapan semua ini remeh, namun percayalah bahawa ia akan memudahkan pengalaman berpantang untuk si isteri.

7 Perkara Isteri Paling Perlukan Masa Berpantang, Tapi Takut Nak Cakap

1. Tidur

Sememangnya wanita yang baru lepas melahirkan bayi akan mendapat cuti bersalin. Tapi ‘cuti’ ini tidak bermakna wanita mempunyai masa lapang dan dapat berehat sepuasnya. Kekurangan tidur bukan saja akan memberi kesan kepada kesihatan wanita, tetapi juga emosi. Walaupun kita pernah merasai fasa kekurangan tidur ini sewaktu di universiti atau semasa bekerja lewat malam, ia sama sekali berbeza. Ya, ia seolah-olah tiada penghujungnya.

Dalam minggu-minggu pertama terutamanya, bayi akan kerap terjaga dan menyusu, tidak kiralah siang ataupun malam. Tahukah anda, menyusukan bayi setiap 2 jam saja sudah cukup meletihkan. Apatah lagi mahu menukar lampinnya, memandi dan menukar pakaiannya, memujuknya yang menangis, dan sebagainya.

Foto Kredit: preciouslittlesleep.com

2. Mandi

Bila kita asyik berstokin dan berpakaian panjang, dengan susu yang asyik tertumpah di pakaian, rasa tidak selesa tentu akan selalu ‘menghantui’.

Masalahnya, mandi ini seolah-olah mengambil masa yang begitu lama. Baru bangun sekejap dari katil, rasa macam terdengar sayup-sayup bayi sedang merengek. Kita pun terpaksa bergegas. Rasa tak puas mandi sebab nak basuh rambut pun asyik tak sempat. Bila kita datang tengok, elok pula si kecil tengah tidur!

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

Foto Kredit: patdolanplumbing.com

3. Makan

Nak memasak ketika berpantang memang tak ada masa. Setakat buat air panas, mungkin boleh lagi. Tapi sampai satu masa, mesti kita bosan nak makan biskut kering, roti dan air Milo setiap hari.

Sebenarnya, tempoh berpantang bukan saja meletihkan, tapi ia juga melaparkan. Untunglah kalau ada suami yang memahami dan pandai memasak. Tapi, rasa segan nak minta makanan yang macam-macam. Padahal dalam hati rasa lapar selalu!

pakej berpantang

Foto Kredit: hyphenmagazine.com

4. Masa Bersendirian

Memang seronok apabila ramai yang datang berkunjung untuk menjenguk bayi baru. Namun ada masanya kita rasa belum bersedia untuk menerima tetamu. Ia sebenarnya meletihkan, lebih-lebih lagi dalam tempoh terawal kelahiran dan keadaan bayi yang mungkin belum betul-betul sihat.

Bila orang datang dan terus tanya tentang bayi dan bukannya kita, kadang-kadang rasa macam tidak dipedulikan pun ada.

pengalaman bersalin caesar

Foto Kredit: malibuvist.com

5. Bantuan Dengan Kerja-kerja Rumah

Berpantang atau tidak, kerja rumah tetap ada. Malah, mungkin lebih banyak baju yang perlu dicuci, kain-kain yang terkena muntah, najis, dan sebagainya. Urusan makan pakai dan sekolah anak-anak yang tetap berjalan. Semua ini tidak akan ‘hilang’ dengan sendirinya.

Mungkin inilah sebabnya bila dah masuk anak kedua atau ketiga, ibu-ibu mungkin berpantang sambil lewa saja. Bukan sebab mereka tak mahu, tapi sebab keadaan yang tak mengizinkan.

Foto Kredit: gizmodo.com.au

6. Kemesraan Daripada Suami

Walaupun hubungan intim masih perlu dielakkan seawal beberapa minggu selepas melahirkan bayi, seorang wanita tetap mahu rasa dihargai, disayangi, dan dicintai.

Dalam keadaan perut yang menggeleber, wajah yang kusam dan keletihan, belaian seorang suami tentunya dapat memberi ketenangan kepada semua gejolak emosi yang dirasai. Namun, ramai wanita yang berasa rendah diri, takut, dan malu kerana keadaan fizikal mereka yang kurang menarik selepas bersalin. Emosi yang tidak stabil ini tentu sekali menyukarkan wanita untuk meminta kemesraan tersebut daripada suami.

peranan suami ketika isteri menyusu

Foto Kredit: parenting.com

7. Kata-kata Positif

Akhir sekali, seorang wanita perlu mendengar ayat seperti “Awak dah cuba menjadi seorang ibu yang baik” untuk meyakinkan mereka menjadi seorang ibu yang baik. Bukannya persoalan, kritikan, dan dan komen-komen berbaur sindiran.

Seorang ibu selalu rasa bersalah dan menganggap mereka ‘tidak cukup’ melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Mereka takut dilabel lemah, manja dan menyusahkan, sedangkan realitinya, mereka telah mencuba sehabis baik.

Foto Kredit: egaga.pl

Jangan Takut Utamakan Keperluan Diri Sendiri

Sebagai ibu, tentunya setiap wanita memiliki naluri semulajadi untuk melindungi dan menyayangi bayi mereka melebihi apa pun dalam dunia ini. Namun ada masanya anda perlu menetapkan keutamaan tersebut kepada diri sendiri.

Apabila keperluan diri sendiri dapat dipenuhi, barulah emosi menjadi stabil dan anda boleh berfungsi dengan lebih rasional, membuat keputusan yang bijak, dan mampu mencintai bayi sepenuh hati!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×