Nasi Lemak Sedap di KL & PJ
Pelik sungguh bila kita lihat gaya hidup rakyat Malaysia. Sarapan pagi, nasi lemak. Tengahari makan nasi lemak. Makan malam juga menjamah nasi lemak.
Tidak dapat disangkal lagi, nasi lemak ialah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.Nasi lemak boleh dikatakan makanan ‘all time favourite’ bagi rakyat Malaysia tak kira bangsa. Berbeza di Pantai Timur, nasi lemak menjadi makanan pilihan untuk sarapan sahaja. Sebaliknya, di Kuala Lumpur, nasi lemak menjadi makanan untuk dinner ataupun supper. Adakah anda salah seorang penggemar nasi lemak atau nasi lemak lover?
Kali ini kami ingin berkongsi dengan peminat nasi lemak iaitu 5 kedai nasi lemak popular di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ).
Seperti senarai kedai nasi Arab yang kami kongsikan sebelum ini, senarai nasi lemak sedap ini kami buat mengikut ranking di Foursquare. Ia berdasarkan review dari penggemar nasi lemak merangkumi kesedapan sambal dan lauk tambahan seperti ayam goreng.
1. Restoran Village Park (Damansara Utama)
Restoran Village Park atau lebih dikenali sebagai Uptown Village Park sering kali sesak dengan pelanggan sehingga perlu menunggu lama untuk mendapat tempat duduk walaupun pihak restoran telah membuka meja dibahagian parking. Menurut review yang kami baca, rata-rata menyatakan kesedapan nasi lemak disini adalah kerana ayam gorengnya.
Lokasi:
5, Jln SS 21/37 (Damansara Utama), 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari 7am – 8pm
Ahad 7am – 6pm
Foursquare: https://foursquare.com/v/village-park-restaurant/4b224fc6f964a5206a4524e3
2. Nasi Lemak Bumbung (Seapark Petaling Jaya)
Nasi lemak bumbung adalah sebuah restoran India yang sering menjadi tumpuan dikala malam bagi mereka yang tinggal di kawasan Petaling Jaya. Walaupun meja hanya dibuka di lorong jalan, dan agak sukar untuk mendapat tempat ia tetap menjadi tumpuan. Saya sendiri pernah beberapa kali makan di Nasi Lemak Bumbung. Pada saya, sambal dia sangat sedap! Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan telur goyang (telur mata).
Lokasi:
Jalan 21/11B, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat dibuka dari 5pm – 4am
Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-lemak-bumbung/4b5adfc4f964a52048d828e3
3. Nasi Lemak Mak Wanjor (Kampung Baru)
Gerai Nasi Lemak Mak Wanjor sudah 42 tahun dibuka di Kampung Baru dengan menjual nasi kukus pada permulaannya sehingga menjadi trademark Mak Wanjor sehingga kini. Yang menjadi tarikan disini adalah sambal yang ‘hot’ yang menjadi perbualan ramai walaupun ia sebaris dengan Nasi Lemak Antarabangsa. Ramai yang memberi maklum balas, Nasi Lemak Mak Wanjor lebih sedap berbanding Nasi Lemak Antarabangsa. Disini mereka mengamalkan konsep bayar dahulu sebelum makan.
Lokasi:
8, Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari bermula 6.30am – 12pm, dan 4pm – 1am
Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-lemak-mak-wanjor/4b77549bf964a52097922ee3
4. Nasi Lemak Selera Jaya 223 (Petaling Jaya)
Bagi saya yang seringkali makan nasi lemak di sini, saya lebih suka nasi lemak cop merah atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Panas Gerai Yatie Pak Cu. Ini kerana sambalnya yang pedas dan manis berbanding Suri yang lebih kepada pedas semata-mata. Lagi sedap dapat nikmati nasi lemak dengan otak-otak bakul kuning!. Nasi lemak di sini antara yang termurah dengan harga RM1.20 sebungkus dan RM2.50 sepinggan.
Lokasi:
Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari seperti masa berikut
Isnin – Khamis : 1pm – 2pm dan 8pm – 2am
Jumaat – Sabtu : 8pm – 4am
Ahad : 8pm – 1am
Foursquare: https://foursquare.com/v/selera-jaya-223-petaling-jaya-selangor/4b531a90f964a520098f27e3
5. Nasi Lemak Mali’s Corner (Danau Kota)
Bagi mereka yang tinggal berdekatan Danau Kota, Nasi Lemak Mali’s Corner pasti menjadi bualan selain dari Char Kuey Teow. Konsep di Mali’s Corner adalah layan diri. Tetapi agak pelik kerana perlu membuat ‘que‘ ditempat berbeza untuk Nasi Lemak dan Char Kuey Teow.
Walaubagaimanapun, disebabkan sambutan yang menggalakkan, Mali’s Corner telah membesarkan perniaggan daripada 1 lot kepada 3 lot kedai. Myselera.com ada membuat review di Mali’s Corner untuk tatapan dan panduan pembaca.
Lokasi:
Platinum Walk, Danau Kota (Jalan Taman Ibu Kota), 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari 8am – 5am
Foursquare: https://foursquare.com/v/malis-corner/4bcd3bd6937ca5930894ac92
Pasti ada yang perasan dan tertanya-tanya, bagaimana dengan kedudukan ranking untuk nasi lemak paling popular iaitu Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Tangling dan Nasi Lemak Famous Bangsar. Untuk makluman, berdasarkan kajian saya, kedudukan adalah seperti berikut:
- Nasi Lemak Antarabangsa – Ranking 13
- Nasi Lemak Tanglin – Ranking 14
- Nasi Lemak Famous Bangsar – Ranking 29 (Baca review dari Myselera.com)
Pernah dengar Nasi Lemak Wak Kentut yang popular di Kulaijaya, Johor? Tunggu review di MySelera.com pada masa akan datang.
Anda pula bagaimana? Dimana tempat nasi lemak paling sedap bagi anda? Kalau anda jenis yang tidak suka makan luar, boleh buat nasi lemak sedap sendiri dengan merujuk pada laman web MyResipi.com
Selamat mencuba!