Asuh

“Kecil-Kecil Dah Pandai…”- Jebat Jayden Beritahu Sebab Tak Boleh Sambut Halloween, Jawapan Bijaknya Buat Ramai Kagum!

jebat jayden

Celoteh spontan kanak-kanak kadangkala boleh mencuit hati, apatah lagi apabila mereka menjawab sesuatu berdasarkan pemahaman sendiri. Terbaharu, Jebat Jayden mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sambutan Halloween ketika berbual dengan ibunya, Noor Nabila.

Baca juga: Baru 5 Tahun, Eusoff Dah Khatam Al-Quran Sebelum Masuk Tahun Satu, Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Curi Tumpuan!

JEBAT JAYDEN JELASKAN SEBAB TAK BOLEH SAMBUT HALLOWEEN

jebat jayden

Jebat Jayden.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Noor Nabila dilihat bertanyakan kepada anak lelakinya itu tentang sambutan Halloween. Jawapan Jebat kemudian mengundang pelbagai reaksi apabila dia mengaitkan perkara tersebut dengan pegangan agamanya sebagai seorang Muslim.

Dalam video berkenaan, Jebat menjelaskan bahawa Hari Raya dan puasa boleh diraikan atau diamalkan, tetapi dia berpendapat sambutan perayaan lain seperti Halloween dan Krismas tidak boleh disertai kerana beragama Islam.

“Kalau Hari Raya dan puasa boleh. Tapi kalau agama yang sambut Krismas, Halloween atau lain-lain tak boleh. Nanti dapat dosa,” katanya.

Penjelasan ringkas itu menarik perhatian kerana Jebat menyampaikan jawapannya secara spontan ketika menjawab pertanyaan ibunya.

Baca juga: “Kesiannya Anak Sulung”- Anak Buah Darjah 2 Tulis Nota Kecil, Wanita Ini Ingatkan Ibu Bapa Jaga Hati Anak-Anak

Warga maya puji jawapan spontan Jebat

jebat jayden

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi positif terhadap jawapan kanak-kanak itu. Ada yang memuji cara Jebat menyampaikan pandangannya, malah berharap dia terus berpegang pada prinsip tersebut apabila semakin dewasa.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

  • “Dengan cara santai dia ‘bantai’, terima kasih ustaz Baby,” – Salzalina.
  • “Yang ini bagus, harap sampai besar dia pegang benda ini,” – Iman.
  • “Pedasss Baby, terbaik,” – Sakti.
  • “Bijaknya sejuk hati mommy dia,” – Izah.

Perkongsian itu turut memperlihatkan bagaimana perbualan ringkas antara ibu dan anak boleh mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 535,400 tontonan, sekali gus menunjukkan perhatian yang diberikan warga maya terhadap celoteh Jebat.

@noornabila00 Imam muda mami #jebatjayden ♬ original sound – Noor Nabila

Sumber: TikTok @noornabila00

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×