Nur

JAWI Mula Laksana Pengebumian Kubur Bertingkat Di Kepong, Jenazah Diturunkan Sedalam 8 Kaki

KUBUR BERTINGKAT

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memulakan pelaksanaan pengebumian jenazah secara kubur bertingkat bagi jenazah yang tidak mempunyai waris di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Kepong, Kuala Lumpur.

Inisiatif yang bermula pada 27 Oktober 2026 itu dilaksanakan menerusi Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur.

Baca juga: “Bukan Bermakna Kami Melupakan Tragedi…”- Kes Langgar Pelajar, Keluarga Zaharif Affendi Terima Keputusan Mahkamah

JAWI LAKSANA KUBUR BERTINGKAT BERMULA 27 OKTOBER

KUBUR BERTINGKAT

Menurut perkongsian JAWI menerusi laman Facebook rasminya, pelaksanaan projek perintis berkenaan turut memperkenalkan penggunaan mesin takal penurun jenazah bagi membantu melancarkan proses pengebumian secara kubur bertingkat.

Menariknya, projek perintis itu turut menyaksikan penggunaan mesin takal yang dibangunkan oleh JKR Kuala Lumpur sebagai satu inovasi bagi memudahkan pengendalian dan penurunan jenazah ke dalam kubur sedalam lapan kaki.

Selain mesin takal, penghadang runtuhan tanah atau trench box turut digunakan bagi membantu memastikan keselamatan struktur tanah sepanjang proses pengebumian dijalankan.

Pengarah JAWI, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, turut hadir menyaksikan sendiri proses pengebumian jenazah serta penggunaan mesin takal berkenaan.

Penggunaan peralatan tersebut diharap dapat meningkatkan kecekapan proses pengebumian, selain membantu memudahkan tugas petugas yang terlibat.

Usaha atasi kekangan ruang tanah perkuburan

KUBUR BERTINGKAT

Pelaksanaan kubur bertingkat merupakan antara usaha JAWI untuk menambah baik pengurusan tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, khususnya dalam menghadapi kekangan ruang tanah perkuburan yang semakin terhad.

Inisiatif itu juga membuka ruang kepada penerokaan penggunaan teknologi dan peralatan bersesuaian bagi meningkatkan mutu pengurusan tanah perkuburan Islam.

JAWI berharap projek perintis tersebut dapat menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan tanah perkuburan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Pada masa sama, usaha menaik taraf pengoperasian tanah perkuburan itu mencerminkan komitmen jabatan untuk memastikan urusan pengurusan jenazah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tertib dan penghormatan, selaras dengan tuntutan syarak.

Baca juga: Terlepas Hukuman Mati, Pegawai Polis Dipenjara 7 Tahun 6 Bulan Kes Langgar Pelajar Hingga Maut

Sumber: Facebook JAWI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×