Nur

Air Dalam Baldi Dah Hitam Selepas Mop Satu Rumah, Masih Dikira Suci Atau Sudah Bernajis?

AIR MOP

Air mop yang digunakan untuk membersihkan lantai rumah boleh berubah menjadi keruh atau hitam selepas mengemop beberapa ruang.

Namun, timbul persoalan sama ada air mop yang kotor atau terkena najis seperti tahi cicak dan air kencing boleh menyebabkan seluruh lantai rumah turut dikira najis.

Baca juga: JAWI Mula Laksana Pengebumian Kubur Bertingkat Di Kepong, Jenazah Diturunkan Sedalam 8 Kaki

AIR MOP BERTUKAR KERUH LEPAS DAH GUNA, DIKIRA NAJIS KE

AIR MOP

Kredit: Magnific

Adakah air mop yang kotor dikira najis dan menyebabkan seluruh lantai rumah turut bernajis? Perkara ini dijelaskan oleh pendakwah, Ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsian di media sosial.

Menurut beliau, air mop yang berubah warna akibat habuk, debu, pasir atau tanah tidak semestinya bernajis kerana kotoran tersebut pada asalnya bukan najis.

Bagaimanapun, jika air mop benar-benar bercampur dengan najis yang tidak dimaafkan, hukumnya berbeza. Dalam Mazhab Syafi‘i, air yang kurang daripada dua kolah menjadi mutanajjis apabila dimasuki najis, walaupun tidak berubah warna, bau atau rasa.

Bagi air yang mencapai dua kolah atau lebih, ia tidak menjadi najis selagi sifatnya tidak berubah disebabkan najis. Namun, terdapat perincian bagi najis yang sedikit dan dimaafkan dalam keadaan tertentu, termasuk tahi cicak yang sukar dielakkan.

Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, jika air mop yang sedikit telah menjadi mutanajjis, penggunaannya pada kawasan lain dalam keadaan basah boleh menyebabkan najis berpindah.

Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui jawapan e-Musykil nombor 4209 turut menjelaskan bahawa mop yang telah menjadi mutanajjis boleh memindahkan najis apabila digunakan pada kawasan lain.

Walau bagaimanapun, bukan seluruh rumah secara automatik dihukumkan najis. Perpindahan najis bergantung pada bukti kewujudan najis, keadaan basah dan kawasan yang terkena basahan tersebut.

Cara betul menyucikan lantai terkena najis

AIR MOP

Caranya adalah dengan membuang atau menyerap najis terlebih dahulu, kemudian mengalirkan air mutlak pada kawasan terlibat sehingga zat dan sifat najis hilang. Selepas itu, lebihan air boleh diserap menggunakan kain atau mop bersih.

Air sabun pula hanya boleh digunakan untuk bersuci jika campurannya tidak menghilangkan sifat air mutlak serta memenuhi syarat penyucian yang ditetapkan.

Dalam perkongsian sama, Ustazah Asma’ Harun mengingatkan masyarakat supaya tidak menghukum sesuatu sebagai najis hanya berdasarkan sangkaan.

Jika tiada bukti bahawa mop atau air dalam baldi terkena najis, lantai tidak boleh terus dihukumkan bernajis. Air mop yang hitam akibat kotoran biasa juga bukan alasan untuk menganggap seluruh rumah perlu disucikan semula.

Baca juga: Waktu Zuhur Dah Masuk Tapi Belum Bertolak Balik Kampung, Boleh Ke Solat Jamak & Qasar Di R&R?

Sumber: Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×