40 Minggu

Senarai Hospital Mesra Suami, Boleh Temankan Isteri Bersalin Dalam Labour Room

1.1K
SHARES
Hospital Mesra Suami

Hospital Mesra Suami

Naluri isteri, dia mahukan peneman. Walaupun ada isteri yang tidak menzahirkan dengan kata-kata, jauh di sudut hati, dia inginkan suami teman isteri ke dalam bilik bersalin. Tidak ada yang lebih manis bagi isteri tatkala bertarung nyawa melahirkan bayi, suami ada di sisi memberi motivasi dan kata-kata semangat. Walaupun gembira dengan kedatangan bayi dalam keluarga, ada ketikanya sukar untuk mengatasi rasa takut bersalin.

 

Wahai suami…

Buat para suami, ambil peluang ini untuk melihat sendiri proses kelahiran bayi. Dengan nafas isteri yang tercungap-cungap, proses teran yang panjang dan sedikit jeritan pasti akan menginsafkan suami. Genggam tangan isteri dan berilah kata-kata perangsang. Hafal dan baca surah-surah tertentu agar isteri dipermudahkan bersalin. Maafkan semua dosa-dosa isteri.

 

Hospital Mesra Suami

Foto Kredit: damansaradamaimc.wordpress.com

Senarai Hospital Mesra Suami

Kami cuba mencari maklumat di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari senarai hospital mesra suami. Senang cerita, yang husband-friendly. Namun, tidak banyak maklumat yang diperolehi.

Justeru, kami beralih ke laman sosial Facebook. Hasil perbincangan di laman sosial, ada juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman di mana suami dibenarkan masuk menemani isteri semasa bersalin. Mereka juga menyenaraikan hospital mana yang membenarkan dan bagi suami masuk untuk teman isteri.

 hospital-serdang-pengalaman-bersalin

Polisi Hospital Rakan Suami

Untuk pengetahuan, suami dibenarkan menemani isteri semasa proses kelahiran berdasarkan kepada kekosongan tempat dan peraturan yang ditetapkan.

Harus diingat, ada hospital yang menetapkan bahawa suami perlu menghadiri kursus dahulu. Ada juga hospital yang cuma panggil suami teman bila saat-saat isteri tengah meneran, di mana bayi hampir keluar. Maka tidak dapat teman sepanjang masa.

Menurut sumber dari Hospital Teluk Intan, berikut adalah polisi hospital rakan suami:

  • Kemudahan teman di Bilik Bersalin adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat (hanya terdapat satu bilik bersalin ‘Rakan Suami’ dan hanya seorang sahaja dibenarkan masuk pada satu masa).
  • Hanya suami pesakit dibenarkan menemani isteri di Bilik Bersalin.
  • Kebenaran menemani isteri bersalin bergantung kepada keadaan semasa di bilik
    bersalin dan di atas budi bicara ketua jururawat / jururawat bilik bersalin.
  • Suami dibenarkan berada di sisi isteri sehingga proses kelahiran selesai, namun sentiasa bersedia untuk keluar dari bilik bersalin apabila diminta berbuat
    demikian oleh anggota bilik bersalin.
  • Proses keluar masuk suami ke bilik bersalin mesti mendapat kebenaran
    jururawat terlebih dahulu. Suami dibenar keluar dua kali sahaja.
  • Privasi pesakit lain perlu dihormati. Suami dilarang menjenguk ke bilik lain atau
    menjadi penyampai maklumat kepada orang lain.
  • Perakam video, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke
    bilik bersalin.
  • Sentiasa memakai ‘gown’ dan pas pelawat khas yang disediakan sepanjang
    berada di bilik bersalin.
  • Suami dilarang makan atau minum di dalam Bilik Bersalin.

Walaupun ada senarai yang kata suami dibenarkan masuk, ada saatnya suami tidak dibenarkan masuk iaitu apabila:

  • Isteri kena jalani pembedahan caesar (czer), bukan bersalin normal
  • Isteri kena vakum

Yang penting, jangan marah-marah dan salahkan pihak hospital. Tenangkan diri.

Senarai Hospital Rakan Suami Mengikut Negeri (Hospital Kerajaan)

Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya

PENTING!: Senarai ini bukan yang rasmi. Kami mengambil maklumat dan sumbangan para pembaca di laman sosial. Bermakna, terbukti bahawa suami mereka dibenarkan masuk.

Untuk mengetahui senarai yang betul-betul rasmi dan telah dikemaskini, sila hubungi pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat yang lebih tepat.

1. Perlis

Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

2. Kedah

Hospital Sultanah Bahiyah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Abdul Halim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kulim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Langkawi – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Baling
Hospital Sik
Hospital Yan
Hospital Jitra
Hospital Kuala Nerang

3. Pulau Pinang

Hospital Pulau Pinang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seberang Jaya
Hospital Bukit Mertajam – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kepala Batas
Hospital Sungai Bakap
Hospital Balik Pulau

4. Perak

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River – suami boleh masuk teman isteri saat bayi mahu keluar sahaja
Hospital Batu Gajah
Hospital Kuala Kangsar
Hospital Tapah
Hospital Parit Buntar
Hospital Kampar
Hospital Sungai Siput
Hospital Selama
Hospital Gerik
Hospital Changkat Melintang

5. Selangor

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Serdang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kajang
Hospital Banting
Hospital Ampang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Kubu Baru
Hospital Tanjung Karang
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
Hospital Sungai Buloh – suami boleh masuk teman isteri

 

6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur – suami boleh masuk teman isteri

 

7. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hospital Putrajaya – suami boleh masuk teman isteri

 

8. Wilayah Persekutuan Labuan

Hospital Labuan

 

9. Negeri Sembilan

Hospital Tuanku Jaafar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tuanku Ampuan Najihah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tampin
Hospital Port Dickson – suami boleh masuk teman isteri, kena isi borang dulu
Hospital Jelebu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Jempol

 

10. Melaka

Hospital Melaka – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Alor Gajah
Hospital Jasin

 

11. Johor

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultanah Fatimah, Muar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Batu Pahat – suami boleh masuk teman isteri, kena pergi kursus dahulu
Hospital Kluang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Segamat – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kota Tinggi
Hospital Pontian
Hospital Temenggong Ibrahim, Kulai jaya
Hospital Tangkak
Hospital Mersing – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri

 

12. Pahang

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Lipis – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Bentong
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
Hospital Raub
Hospital Jerantut
Hospital Jengka
Hospital Muadzam Shah
Hospital Pekan

 

13. Terengganu

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kemaman
Hospital Dungun
Hospital Besut
Hospital Hulu Terengganu
Hospital Setiu

 

14. Kelantan

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Krai
Hospital Pasir Mas
Hospital Tanah Merah
Hospital Tumpat
Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Machang
Hospital Gua Musang
Hospital Jeli

 

15. Sarawak

Hospital Umum Sarawak, Kuching – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sibu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Miri
Hospital Bintulu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kapit
Hospital Sarikei
Hospital Sri Aman
Hospital Saratok
Hospital Kanowit
Hospital Limbang
Hospital Serian
Hospital Daro
Hospital Betong
Hospital Bau
Hospital Mukah
Hospital Simunjan
Hospital Marudi
Hospital Lundu
Hospital Lawas

 

16. Sabah

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Likas) – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Duchess of Kent
Hospital Tawau
Hospital Keningau
Hospital Lahad Datu
Hospital Beaufort
Hospital Kudat
Hospital Kota Belud
Hospital Sipitang
Hospital Tenom
Hospital Ranau
Hospital Papar
Hospital Kinabatangan
Hospital Kota Marudu
Hospital Semporna
Hospital Beluran
Hospital Tambunan
Hospital Kunak
Hospital Pitas
Hospital Kuala Penyu


Senarai Hospital Rakan Suami Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

  • Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan – suami boleh masuk teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM / UMMC)  – sudah dimansuhkan. suami tidak lagi dibenarkan teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia – suami boleh masuk teman isteri

Senarai Hospital Rakan Suami Mengikut Negeri (Hospital Swasta)

Maaf, kami belum sempat membuat kajian untuk hospital swasta. Pada hemat kami, kebanyakan hospital swasta membenarkan suami menemankan isteri.

 

Bagaimana dengan pengalaman anda?

Adakah anda salah seorang yang bernasib tidak baik? Suami anda tidak dibenarkan masuk untuk menemai anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Dan jika ada senarai di atas yang tidak betul dan belum dikemaskini, kongsikan juga dengan kami di ruangan komen.

Semoga segala maklumbalas anda dapat membantu bakal ibu yang sedang berdebar-debar dan menghitung hari!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×