Rakyat

#ProjekMimpi: Guru Kagum Anak Murid Tahun 2, Bercita-Cita Suri Rumah Berpendidikan Macam Ibunya

75
SHARES
suri rumah berpendidikan

Soalan seperti bertanyakan cita-cita kepada anak murid, sering kali diajukan guru ketika sesi perkenalan sewaktu pertama kali bersua muka di dalam kelas. Pelbagai bentuk jawapan yang diterima hingga ada di luar kotak pemikiran. Begitulah pengalaman yang dilalui seorang guru ini, apabila ada pelajarnya yang bercita-cita ingin menjadi suri rumah berpendidikan.

Siapa sangka anak murid berusia 8 tahun itu yang mempunyai cita-cita ingin menjadi suri rumah tangga berpendidikan seperti ibunya, telah menimbulkan kekaguman pada gurunya yang bernama Fathanah Nasir. Bukan calang-calang pemikiran anak semuda itu.

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

SURI RUMAH BERPENDIDIKAN

suri rumah berpendidikan

Saya tertarik dengan cita-cita salah seorang murid saya (Tahun 2). Sedang rakan yang lain mahu bergelar guru, polis, askar dia pula mahu bergelar seorang suri rumah yang berpendidikan. Saya tanya kenapa? Lalu dia menjawab…

Bila saya jadi suri rumah yang berpendidikan maka saya mampu jadi semua yang dicita-citakan rakan lain. Saya boleh jadi guru, saya boleh jadi doktor, boleh jadi chef, saya boleh jadi security. Terdetik dalam hati, Ya Allah macam mana anak seusia ini mampu berfikir sedemikian?

Bila saya tanya lagi, dari mana datangnya mimpi dan cita-cita itu? Dia jawab dari ibu dia. Dia puji kehebatan ibu dia yang mampu urus dia dan adik-beradik termasuk ayahnya dengan bermacam pekerjaan dalam satu masa.

Katanya ibu yang gerak awal pagi ke sekolah, ibu yang gerak ayah kerja, ibu buatkan sahur, ibu periksa keadaan suhu badan kami, ibu semak kerja sekolah dan lain-lain. Ibu cakap kena belajar rajin-rajin boleh jadi macam ayah tapi saya nak jadi macam ibu!

Baca juga: #ProjekMimpi: Wanita Dikagumi Ikat Sendiri Bata Bina Rumah, Kemas Macam Pro!

suri rumah berpendidikan

Gambar: WartaKota.TribunNews

Tambahnya lagi, saya percaya cita-cita ini cita-cita yang baik sebab ibu kata kalau buat perkara yang baik Allah sayang.

Dari jawapan murid ini saya teringat dengan petikan buku Memori Bukan Memoir dari Dr. Maszlee Malik yang mengambil kata dari Eleanor Roosevelt:

“Masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada keindahan mimpi mereka”.

Kata Dr. dalam penulisannya:

“Bermimpilah! Percayalah dengan keindahan mimpi dan aspirasi kita, pelajari daripada orang lain tentang cara melakukan sesuatu dan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjadikan semua yang kita impikan satu kenyataan”.

Apa pun cita-cita dan mimpi mereka, sebagai pendidik kita bantu realisasikannya. Beri tunjuk ajar, ilmu dan pendidikan yang cukup dan baik.

Semoga mereka membesar dengan penuh ilmu didada. Aamin!

Baca juga: #ProjekMimpi: Mak Ayah Dipuji Ajar Anak Buat Kerja Rumah, Pandai Gosok Baju Sekolah Sendiri!

Sumber: Twitter Fathanah Nasir

FT Image: pikisuperstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×