Hebahan

Bercuti Di Pantai Tercantik PD, The Grand Beach Resort Port Dickson

486
SHARES

The Grand Beach Resort Port Dickson terletak di tepi pantai yang terdampar luas dengan pasir putih yang mengadap Laut Selat Melaka, resort ini telah diambilalih oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada Oktober 2014. Resort yang mempunyai 210 bilik penginapan ini menyediakan pelbagai jenis kategori bilik seperti Superior, Deluxe, Executive Room, Studion Suites, Executive Suites dan Family Suites dan Family Suites menjanjikan keselesaan penginapan kepada para pengunjung.

Gabungan Reka Bentuk Tradisional Dan Moden

The Grand Beach Resort Port Dickson yang sebelum ini dikenali sebagai Selesa Beach Resort terkenal dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada rumah tradisional Minangkabau serta digabungkan dengan sentuhan moden menawarkan suasana penginapan yang tersendiri serta unik. Reka bentuknya yang unik akan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melewati resort penginapan di tepi laut.

Hanya mengambil masa satu jam dari Kuala Lumpur dan terletak diantara pekan Port Dickson dan pantai popular Teluk Kemang, resort ini menjadi pilihan utama kerana kemudahan akses serta dikeliling oleh tempat-tempat menarik seperti taman haiwan, muzium tentera, kelab golf, pusat ikan hiasan dan ‘Cape Cavallho‘ iaitu ladang ternakan kuda di Rembau.

Jabatan Perikanan Malaysia di Teluk Kemang merupakan Pusat Hiasan Ikan Port Dickson (PIHPD) yang berfungsi menggalakkan pembangunan industri ikan hiasan terutamanya ikan hiasan marin

Jabatan Perikanan Malaysia di Teluk Kemang merupakan Pusat Hiasan Ikan Port Dickson (PIHPD) yang berfungsi menggalakkan pembangunan industri ikan hiasan terutamanya ikan hiasan marin

Suasana di sekitar Cape Cavallo ladang ternakan kuda di Rembau

Suasana di sekitar Cape Cavallo ladang ternakan kuda di Rembau

DeluxeAktiviti dan pertandingan menunggang kuda sambil turut dijalankan di Cape Cavallho

Aktiviti dan pertandingan menunggang kuda sambil turut dijalankan di Cape Cavallho ini

Sri Kelana, Coffee House Dengan Pilihan Makanan Tempatan Popular

Coffee House Sri Kelana telah diberi imej baru melalui perubahan konsep dan penambahan kemudahan dan kapasitinya. Coffee house ini menawarkan makanan tradisional Negeri Sembilan dan yang paling popular adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Api, kuih Sepang dan Apam Johol.

Cofee House Sri Kelana dengan imej baru dengan lebih moden setelah penambahbaikan

Cofee House Sri Kelana dengan imej baru yang lebih moden setelah penambahbaikan

Susunan meja makan di Cofee House Sri Kelana yang lebih teratur memberikan keselesaan kepada tetamu

Susunan meja makan di Cofee House Sri Kelana yang lebih teratur memberikan keselesaan kepada tetamu

Proses Menaiktaraf Dan Penambahbaikan

Hotel di The Grand Beach Resort Port Dickson telah melalui fasa 1 penambahbaikkan dan juga menaiktaraf kemudahan sejumlah RM 5 juta telah dibelanjakan setakat ini bagi menaik taraf dan menambah baik struktur dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada bagi memberi imej baru serta meningkatkan keselesaan para tetamu.

Fasa pertama menambah baik bilik telah siap dilaksanakan dan ditawarkan kepada para pengunjung.

Deluxe Suite Room dimana bilik hotel juga turut melalui fasa penambahbaikan

Deluxe Suite Room dimana bilik hotel juga turut melalui fasa penambahbaikan

Penambahan 6 bilik mesyuarat baru telah diadakan, yang memberi jumlah keseluruhan sebanyak 13 bilik mesyuarat dan 1 ballroom yang dapat menampung seramai 900 orang bagi ‘theatre style seating’.

Selain memberikan ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung yang ingin merasai percutian yang menarik dan selesa, bilik mesyuarat ini dilengkapi dengan peralatan canggih dan moden kepada pengunjung yang berhasrat untuk mengadakan mesyuarat rasmi yang berlatarbelakangkan keindahan alam semulajadi.

Ballroom The Grand Beach Resort yang dapat menampung 900 orang tetamu

Ballroom The Grand Beach Resort yang dapat menampung 900 orang tetamu

Ballroom The Grand Beach Reaort yang dapat menampung 900 orang tetamu

Pembukaan rasmi The Grand Beach Resort di Ballroom

Keseluruhan struktur luaran telah siap dicat dengan lapisan baru, bahagian Lobby telah diberi imej dan konsep baru demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan memudahkan para tetamu berurusan dengan jabatan ‘Front Office’.

Front Office The Grand Beach Resort

Front Office The Grand Beach Resort

Banyak Lagi Aktiviti Menyeronokkan Boleh Dilakukan Di Sini!

Resort ini juga menawarkan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai keindahan pemandangan laut dan persisiran pantai dimana pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah seperti berjoging sambil menghirup udara segar di waktu pagi mahupun di waktu petang.

Pantai yang dinamakan Pantai Cahaya Negeri ini sememangnya sangat popular dikunjungi terutamanya pengunjung dari luar khususnya di waktu hujung minggu.

Kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai keindahan permandangan laut dan dapat akses terus ke pantai untuk melakukan aktiviti riadah. Di sekitar kolam renang adalah kawasan untuk 'bbq dinner'.

Kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai keindahan permandangan laut dan dapat akses terus ke pantai untuk melakukan aktiviti riadah. Di sekitar kolam renang adalah kawasan untuk ‘bbq dinner’

The Grand Beach Resort Port Dickson diuruskan oleh anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) iaitu FIC Hospitality Management Sdn Bhd (FICHM, sebanyak 3 buah hotel iaitu The Grand Beach Resort, Merdeka Palace Hotel & Suite dan Grand Borneo Kota Kinabalu kini diuruskan oleh FICHM.

Untuk maklumat yang lanjut sila layari laman web www.grandbeachresortpd.com dan nikmatilah promosi semasa yang ditawarkan melalui penempahan menerusi laman web atau pun boleh menghubungi terus di talian 06-647 4090. Jangan lupa juga untuk melayari Facebook thegrandbeachresort serta ‘Like’ laman tersebut kerana terdapat pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan.

 

Untuk maklumat sila hubungi:

Fathi Ahmad Shah

Asst. Vice President

Felda Investment Corporation Sdn Bhd

[email protected]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×