Hebahan

Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) mengukuhkan tapak dibidang Perhotelan

19
SHARES

Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), syarikat pelaburan milik penuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus mengukuhkan penglibatan dalam bidang perhotelan dan pembukaan rasmi The Grand Beach Resort Port Dickson pada 9 November  2016 oleh Pengerusi Kumpulan Felda Y.B Tan Sri Datuk Sri Utama Mohd Isa Datuk Haji Abdul Samad.

Perasmian The Grand Beach Resort Port Dickson pada 9 November 2016 oleh Pengerusi Kumpulan Felda Y.B Tan Sri Datuk Sri Utama Mohd Isa Datuk Haji Abdul Samad

Perasmian The Grand Beach Resort Port Dickson pada 9 November 2016 oleh Pengerusi Kumpulan Felda Y.B Tan Sri Datuk Sri Utama Mohd Isa Datuk Haji Abdul Samad

The Grand Beach Resort yang dulunya dikenali sebagai Selesa Beach Resort telah diambil alih oleh FIC sejak Oktober 2014. FIC telah melaksanakan penjenamaan semula serta menaik taraf dan menambahbaik struktur dan kemudahan-kemudahan di hotel untuk memberikan imej baru serta meningkatkan keselesaan para tetamu.

Resort yang sebelum ini dikenali sebagai Selesa Beach Resort terkenal dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada rumah tradisional Minangkabau kini digabungkan dengan sentuhan moden yang menawarkan suasana penginapan yang tersendiri serta akses terus ke pantai dimana ia merupakan salah satu pantai tercantik di Port Dickson.

The Grand Beach Resort Port Dickson yang dahulu dikenali sebagai Selesa Beach Resort

The Grand Beach Resort Port Dickson yang dahulu dikenali sebagai Selesa Beach Resort

Menawarkan penginapan yang tidak jauh dari pantai Port Dickson

Menawarkan penginapan yang tidak jauh dari pantai Port Dickson

Port Dickson dilihat mempunyai potensi untuk terus berkembang maju sebagai destinasi pelancongan bukan sahaja bagi pelancong tempatan tetapi juga bagi pelancong dari luar Negara.

Sejak pengambilalihan hotel ini, FIC telah melakukan penambahbaikan dan juga menaiktaraf kemudahan di Grand Beach Resort dan Merdeka Palace Hotel & Suite, Kuching yang juga dimiliki oleh FIC.

Sektor hospitality adalah antara 3 sektor utama yang diberi keutamaan di dalam hala tuju pelaburan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selari dengan program transformasi ekonomi yang telah mengenal pasti pelancongan sebagai salah satu bidang yang penting.

Sektor hospitality adalah antara 3 sektor utama yang diberi keutamaan di dalam hala tuju pelaburan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selari dengan program transformasi ekonomi yang telah mengenal pasti pelancongan sebagai salah satu bidang yang penting.

Kumpulan Felda telah menceburi bidang perhotelan dan pelancongan lebih dari 20 tahun. Kumpulan Felda ketika ini memiliki 12 buah hotel dimana 10 buah hotel terletak di Malaysia dan 2 buah hotel di Kota London.

Felda Investment Corporation (FIC) pada masa ini, memiliki 2 buah hotel di Malaysia iaitu Merdeka Palace Hotel & Suite dan The Grand Beach Resort Port Dickson. Manakala di peringkat antarabangsa, FIC memiliki Park City Grand Plaza Kensington di London.

FIC juga kini telah mengorak langkah menceburi sector penginapan pelajar (Student Accommodation) di London yang merupakan Pusat Pendidikan antarabangsa, pada masa ini Felda House dengan jumlah bilik sebanyak 450 telah mencapai 100% jumlah penginapan dan Grand Felda House yang kini dalam peringkat pembinaan telah pun menerima tempahan sehingga 80% dari keseluruhan 802 bilik yang ditawarkan.

Menyedari tentang kepentingan bidang hospitality ini serta untuk mengukuhkan lagi penglibatan di dalam bidang perhotelan dan memastikan bahawa semua hotel-hotel yang dimiliki oleh Felda Investment Corporation (FIC) diurus secara professional mengikut standard dan amalan industri, maka Felda Investment Corporation Hospitality Management (FICHM) telah ditubuhkan dan pasukan professional ini diketuai oleh Dato’ Megat Sharul Azman Abas selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Buat masa ini Felda Investment Corporation Hispitality Management menguruskan tiga buah hotel iaitu The Grand Beach Resort Port Dickson, Merdeka Palace Hotel & Suite dan Grand Borneo Kota Kinabalu. Felda Investment Corporation Hospitality Management (FICHM) bukan sahaja menguruskan hotel-hotel milik FELDA tetapi akan mencari peluang untuk menguruskan hotel-hotel milikan pihak yang lain.

 

Untuk maklumat sila hubungi:

Fathi Ahmad Shah

Asst. Vice President

Felda Investment Corporation Sdn Bhd

[email protected]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×