Peminat dunia hiburan dan digital kini berpeluang mengundi calon kegemaran masing-masing menerusi kempen OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) yang membuka fasa undian Top 15 bermula 2 November hingga 1 Disember 2026.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan merangkumi Pelakon Paling Viral, Penyanyi Gen Z Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Drama Paling Viral, Filem Paling Viral, Kelab Peminat Paling Viral dan Lagu Paling HOT.
Baca juga: Khairul Aming Umum Sistem Tempahan Baharu Rembayung! 20,000 Pelanggan Dah ‘Lock’ Untuk Sebulan
OHBULAN! PALING VIRAL ONLINE 2.0, DAH BOLEH MULA MENGUNDI

Pemilihan calon mengambil kira populariti serta pengaruh mereka dalam dunia hiburan dan digital, termasuk karya serta kandungan yang mendapat perhatian masyarakat.
Berikut merupakan senarai calon bagi sembilan kategori yang dipertandingkan:
1. Pelakon Paling Viral
Amir Ahnaf, Jazmy Juma, Aedy Ashraf, Yusry, Rosyam Nor, Tracie Sinidol, Zara Zya, Mimi Lana, Irfan Zaini, Zahiril Adzim, Sarimah Ibrahim, Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Chacha Maembong dan Fasha Sandha.
2. Penyanyi Gen Z Paling Viral
Alpha, Insomniacks, Irfan Haris, Ammar Haikal, Haqiem Rusli, Syasya Rizal, Wani Kayrie, Iman Troye, Mary Grace, Aziz Harun, Umairah, Aisha Retno, Puteri Khareeza, Auddra dan Thalita.
3. Content Creator Paling Viral
Amin & Abid, Sam Lim & Parisa, Abang Minyak Jalanan, Abewee, Madnor, Ceddy Ang, Vokey, Spacedollah, Sir Badang, MR POV, Farah Deluna, Aminahtul Mardiah, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.

4. Peniaga Paling Viral
Kek Lapis Hafiz, Dhira Nasi Lemak, Budak 46, Rizz Quesillo, Kak Ojie, Syakir Je, Opah Strawberry, Farah Dina, Atok Jajan, Pak Cik Tupperware, Tokey Coconut Candy, Durian Papa Muda, Kilos Cake, Kakak Naga dan Bonsha Bonshi.
5. Nepo Baby Paling Viral
Ammar Ahyan, Azeva, Zaki Yamani, Cik B, Auddra, Airit Rayyan, Leona, Amad Dayyan, Thalita, Nayla Mikayla, Faris, Merrah, Mia Sara Shauki, Ammara dan Adrian.
6. Drama Paling Viral
Khianat Yang Terpilih, Good Boys Go To Heaven, Bulan Henti Bicara, Kerana Cinta Itu Dusta, Aku Pilih Pelangi, Yes! Captain Zul Aaryan, Luka Di Hujung Setia, Dendam Seorang Mentua, Jiwa Seorang Pentaksub, Griya, Anom Suraya, Cinta Dalam Sekam, Ikatan Terlarang, Bidadari Tanpa Syurga dan Hening Cinta.
7. Filem Paling Viral
Libang Libu, Polong, Ah Peng vs Liang Po Po, Mojoku Hilang, Chelot, Khadam, Tarung, Mikael Pemburu Dua Alam, Pewaris Susuk, Gayong, Kata Hati, Malaikat Malam, 5 Bomoh, Akad Yang Hilang dan Nar’sata Sekutu Setan.
8. Kelab Peminat Paling Viral
Siti Zoners, Alphanite, Budak 46, Tracestar, BASS, Rangers, Aination, Kinger Fear, Daiyanation, Lucky Fighters, Erystars, iDolla Ultras, Fazbulous Warrior, Aishalicious dan Mira Legacy.
9. Lagu Paling HOT
Aku Yang Salah (Drama Band), Break (Misha Omar), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Calar (Amir Masdi), Cinta Tersimpul Rapi 2026 (Intan Maya), Dalam Diam (Mojack Hafiz, Zaynakal dan Zamir Harith), Jodoh Lebaran (Aisha Retno), Juliet (Akim & The Majistret), Kesuma (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kita Usahakan Lagi (Batas Senja), Menamakanmu Cinta (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ade), P Ramlee & Saloma (Alpha), Peluk (Nadeera & Hael Husaini), Rasa & Takdir (Amira Othman & Irfan Haris) serta Sayang Orang Sama (Adira Suhaimi).
Dua fasa undian, pemenang diumumkan Januari 2027
Untuk makluman, proses pengundian OBPVO 2.0 dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Top 15 dan Top 5.
Fasa Top 15 berlangsung dari 2 November hingga 1 Disember 2026, manakala undian Top 5 pula dibuka bermula 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027.
Setiap pengguna boleh mengundi calon pilihan masing-masing secara dalam talian dengan had maksimum 50 undian sehari.
Kesemua pemenang bagi sembilan kategori akan diumumkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan! pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.
Dalam masa sama, kempen OBPVO 2.0 turut diperluaskan menerusi pelbagai platform digital termasuk TikTok, YouTube, audio siar Show Dalam Bilik, pengiklanan digital dan penerbitan artikel di portal.
Peminat boleh mengikuti perkembangan terkini serta berkongsi sokongan menggunakan tanda pagar rasmi #ohbulanpalingviralonline2.0 di media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan mengundi calon pilihan, layari ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline2.0.
Baca juga: Makan Ayam Tidak Sah Sembelihan Tanpa Sengaja Bukan Satu Dosa – Mufti Pulau Pinang
