Famili

“Rezeki Tak Disangka Datang Saat Diperlukan”– Dr. Zulkifli Terharu Kongsi Cerita Sahabat Hadiahkan Kasut Larian Baharu

kasut larian

Kadangkala, rezeki datang dalam bentuk yang tidak pernah kita jangkakan, malah tepat ketika kita memerlukannya. Begitulah kisah yang dikongsikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, apabila menerima hadiah kasut larian daripada seorang sahabat ketika berada di Kedah baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, beliau berkongsi bagaimana pemberian tersebut bermula daripada perkara kecil yang akhirnya menjadi satu kenangan bermakna.

Baca juga: Kes Sambung Semula Dua Tangan Putus Bukan Mudah, Hospital Selayang Catat 3 Kejayaan Luar Biasa!

KASUT LARIAN BERJENAMA JADI REZEKI TIDAK DISANGKA DR. ZULKIFLI

kasut larian

Gambar: Threads @drzulkifli.albakri

Terlupa pakai kasut ketika naik pesawat, sahabat beri hadiah

Menurut Dr. Zulkifli, kejadian itu berlaku ketika beliau berada di Kedah bagi menghadiri program Jaulah Ilmiah minggu lalu.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya lebih selesa memakai sandal dalam urusan harian. Namun, kasut bertutup lebih praktikal apabila perlu berjalan jauh, terutama ketika melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi.

Lebih menarik, beliau sebenarnya terlupa memakai kasut pada hari berkenaan dan hanya bersandal ketika menaiki pesawat. Keadaan itu barangkali disedari oleh sahabatnya yang kemudian mengambil keputusan untuk menghadiahkan sepasang kasut kepadanya.

Menerusi perkongsian itu, kasut yang diterima Dr. Zulkifli ialah daripada jenama sukan antarabangsa. Menurut beliau, sahabatnya turut menjelaskan kesesuaian kasut berkenaan untuk aktiviti berjalan jauh dan berlari.

“Katanya, kasut ini sesuai untuk berjalan jauh kerana reka bentuknya memang sesuai untuk “𝑟𝑢𝑛𝑛𝑖𝑛𝑔”,” kongsinya.

Dr. Zulkifli kemudian meluahkan rasa syukur atas pemberian tersebut yang disifatkannya sebagai rezeki yang hadir tepat pada waktunya.

“Kadangkala, rezeki hadir dalam bentuk yang kita tidak sangka tetapi tepat pada saat kita memerlukannya.

Terima kasih sahabat yang menghadiahkan kasut ini. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran, melapangkan rezeki dan memberkati setiap langkah kehidupan,” kongsinya lagi.

Baca juga: “Kesiannya Anak Sulung”- Anak Buah Darjah 2 Tulis Nota Kecil, Wanita Ini Ingatkan Ibu Bapa Jaga Hati Anak-Anak

“Jangan tanya saya pace berapa”

kasut larian

Gambar: Threads @drzulkifli.albakri

Menutup perkongsiannya, Dr. Zulkifli turut mencuit hati pengikut dengan pelawaan berseloroh untuk melakukan aktiviti larian bersama.

“Jangan tanya saya pace berapa. Ada yang hendak teman 𝑒𝑎𝑠𝑦 𝑟𝑢𝑛 bersama?” katanya.

Untuk yang mengikuti dunia larian, pace merujuk kepada tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan setiap kilometer. Sementara itu, easy run ialah larian santai pada intensiti rendah yang membolehkan seseorang berlari mengikut kemampuan sendiri.

Walaupun disampaikan secara bersahaja, perkongsian Dr. Zulkifli ini memperlihatkan bagaimana satu pemberian sederhana boleh membawa makna yang besar, lebih-lebih lagi apabila diberikan pada waktu yang tepat.

Sumber: Threads @drzulkifli.albakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×