Nur

Buat Pelbagai Kerja Tapi Masih Rasa Tak Cukup? Jadikan Doa Pendek Ini Sebagai Amalan Harian

Doa mohon rezeki boleh diamalkan oleh umat Islam sebagai salah satu ikhtiar untuk meminta kecukupan, keberkatan dan kekayaan daripada Allah SWT.

Bagi mereka yang sudah berusaha melakukan pelbagai pekerjaan tetapi masih merasakan pendapatan belum mencukupi, terdapat satu doa yang dikongsikan pendakwah, Ustazah Asma Harun untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Makan Ayam Tidak Sah Sembelihan Tanpa Sengaja Bukan Satu Dosa – Mufti Pulau Pinang

DOA MOHON REZEKI SENTIASA CUKUP & HALAL

doa mohon rezeki

Menerusi satu perkongsian, pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun berkongsi doa yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar memohon kecukupan rezeki dan kekayaan daripada limpah kurnia Allah SWT.

Doa ini memohon agar Allah SWT mencukupkan keperluan seseorang dengan sumber pendapatan yang halal, sekali gus menjauhkannya daripada perkara haram.

Berikut merupakan lafaz doa yang dikongsikan:

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal daripada-Mu sehingga aku terhindar daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan limpah kurnia-Mu sehingga aku tidak berhajat kepada selain-Mu.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 3563)

doa mohon rezeki

Menerusi maksud doa tersebut, terdapat dua permohonan utama yang boleh difahami. Pertama, memohon agar Allah SWT memberikan kecukupan melalui sumber rezeki yang halal supaya seseorang tidak terdorong mencari pendapatan daripada jalan yang dilarang.

Kedua, memohon kekayaan melalui kurniaan Allah SWT agar hati sentiasa merasa cukup dan tidak bergantung harap kepada selain-Nya.

Justeru, doa ini boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian sebagai salah satu usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT sambil terus berikhtiar mencari rezeki.

Sesungguhnya, mencari rezeki bukan hanya tentang jumlah pendapatan yang diperoleh, tetapi turut melibatkan keberkatan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan.

Baca juga: Ayam Dah Masak Tapi Masih Ada Darah Pada Urat & Tulang, Hukumnya Boleh Makan Atau Kena Buang?

Sumber: Ustazah Asma Harun

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×