Deko & Hias

DIY Hiasan Dinding Rumah Guna Batang Aiskrim, Nampak Kemas Walaupun Bajet Murah

1K
SHARES

“Alamak.. nampak kosong pula dinding ni.. nak hias dengan gambar, dah banyak sangat gambar..”

Kadang-kadang hiasan dalam rumah tak boleh terlalu serabut, ia akan membuatkan rumah nampak lebih sempit. Jadi, untuk mencari hiasan yang simple dan cantik tak perlu terlalu mahal kerana ia boleh dibuat sendiri. Selain jimat wang, ia juga memberikan kepuasan maksimum. Rumah cantik, hati pun puas. Jadi, wanita ini kongsi idea membuat hiasan dengan hanya gunakan batang aiskrim je!

HANYA GUNA BATANG AISKRIM

Hai salam semua .. Bajet ciput .. Nak share deco wall yang simple .. Mudah saje buat . Semua bingkai tu diperbuat dari batang aiskrim .. Satu bentuk 75batang . Ikut la ketebalan anda nak . Nak nipis boleh kurangkan lagii .. Satu paket ada 50 batang .. Guna batang aiskrim yang besar nahhh baru cantekk . Nak tahu cara dia youtube Hexagon Wall .. Saya tampal guna paku ..Bila dah siap nyetokk urat weyy.

BAHAN MUDAH

Batang aiskrim rm2.10 x 10 paket (ECO rm2.10)

Lampu + Lilin (Daiso) rm5.90×3

Pasu (ikea) rm4lebih

Glue Gun

LEKATKAN GUNAKAN GLUE GUN

Susun batang aiskrim berbentuk hexagon. Hanya perlu lekatkan hujung batang aiskrim gunakan glue gun satu persatu.

Lekatkan kemas-kemas hingga capai tahap ketebalan yang anda inginkan. Dekorasi ni bukan saja boleh buat bentuk hexagon. Anda juga boleh buat bentuk rumah, frame empat segi dan banyak lagi.

Lekatkan pada dinding gunakan paku supaya lebih teguh. Hiaskan dengan dekorasi yang anda suka seperti pasu, lampu hiasan dan lain-lain. Pastikan anda lekatkan batang aiskrim tu gunakan gluegun dengan kuat supaya tak terjatuh!

Sumber: Princess Haliza Azani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×