Didik

DidikTV NTV7: Program TV Pendidikan Baru Mulai 23 November Ini. 3 Jam Sehari, Isnin-Jumaat

25
SHARES
didiktv ntv7

Berita baik untuk ibu bapa dan murid-murid, bagi memudahkan pembelajaran di rumah semasa tempoh PKPP / PKPB, siaran TV Pendidikan akan ditambah lagi melalui DidikTV dari NTV7 akan bersiaran untuk slot Pendidikan bermula 23 November 2020 ini.

Program tersebut merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Media Prima Berhad (MPB) yang tentunya dapat memberikan satu lagi pilihan untuk anak-anak belajar di rumah.

Waktu Siaran DidikTV @ NTV7

Untuk makluman, siaran DidikTV ini akan bermula pada 23 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 selama 3 jam iaitu mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Katanya, KPM dan MPB juga sedang dalam rundingan bagi meneruskan slot ini pada tahun 2021.

Inisiatif ini merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang sebelum ini disiarkan menerusi saluran TV Okey, RTM dan saluran Tutor TV di Astro.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif, selain daripada pembelajaran dalam talian.

Jadual Program DidikTV @ NTV7

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM, www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

Menerusi kerjasama ini, jumlah slot TV Pendidikan kini adalah sebanyak 9 jam sehari dan di siarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Dengan pertambahan Rancangan Pendidikan di siaran televisyen awam ini, diharapkan ibu bapa dapat memanfaatkan slot tersebut untuk anak-anak bagi membolehkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan dengan lebih meluas, terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.

Jangan lupa standby Isnin ini ya!

Most Popular

To Top
×