Suami Isteri

13 Tips Rumah Tangga Kekal Bahagia & Harmoni, Paling Penting Jangan Buat Yang No.4 Itu

2
SHARES
RUMAH TANGGA BAHAGIA

Memiliki rumah tangga bahagia sudah tentunya impian setiap pasangan suami isteri. Kerjasama kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian.

Berikut kami kongsikan 13 tips rumah tangga bahagia yang anda boleh ikut. Barulah kehidupan alam perkahwinan lebih bermakna.

Baca juga: Sebelum Terlambat, Ketahui 7 Aktiviti Hubungan Sek* Yang DILARANG Dalam Islam

TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA, SUAMI ISTERI ADA PERANAN PENTING

RUMAH TANGGA BAHAGIA

1. Untuk sukses hidup, pilih isteri yang yang terima kita seadanya. Masa kenal isteri saya, saya baru bermula nak berniaga. Datang Cambridge pun bawa bekal nasi goreng kosong sebab kalau duduk sahaja di kedai, automatik 15 Pound Sterling seorang kopak.

2. Bila isteri dah terima seadanya dalam keadaan kita sedang struggle, bermakna dia sudah siap untuk struggle bersama. Walaupun dah berjaya, saya tetap ingat orang yang bersama saya sejak dari awal.

3. Jangan tayang kemewahan bagi memancing jodoh, anda akan dapat gadis-gadis yang rupawan namun tidak ada endurance dalam perhubungan. Susah sikit sahaja nanti, ke mahkamah syariahlah jadinya.

4. Law besar dalam rumah tangga kami adalah pantang mengungkit. Kita bagi makan minum dan tempat tinggal isteri itu tanggungjawab kita.

Tak perlu nak ungkit “beras I yang beli”. No no no…zaman sekarang, kalau cakap begitu, perempuan pun dah mampu beli beras sendiri ok.

Begitu juga kalau isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami, jika nak bantu rumah tangga, jangan ungkit. Itu pantang lelaki, tercabar kelelakiannya kalau diungkit.

5. Perkahwinan itu satu joint-account. Kadang saya tak faham rumah tangga muda mudi ni, jenis yang duit I duit I, duit you duit you.

Joint account bukan semestinya buka akaun semasa bank bersama-sama. Perkahwinan adalah perkongsian untuk kebahagian keluarga bukannya peribadi.

Tahu lah isteri bergaji T20, tiba-tiba balik rumah bawa barang baru tak tanya sepatah pun dengan suami. Minta izin dahulu, syurga isteri apabila suami reda.

Walaupun berbelanja itu untuk keluarga juga, tapi kenali autoriti suami dalam membuat pemutusan kata. Suami pula, sekalipun tak perlu minta izin isteri nak beli apa, tapi ingatlah kalau terlalu layankan minat sendiri sampai rumah tangga terabai, isteri yang bersabar pun akan mudah bertukar ganas.

6. Jujur dan jangan sekali-kali menipu. Kepercayaan suami beri pada isteri dan isteri pada suami adalah 100% pada permulaan hubungan.

Sekali hilang kepercayaan, tak mungkin akan dapat semula 100%. Sekalipun dapat 99% kepercayaan, hidup akan miserable dengan 1% yang sangsi tu.

7. Isteri dan suami jangan buka ruang fitnah. Contoh, suami baru outstation 2 jam, buat pusingan U untuk ambil laptop tertinggal, dan-dan tu lah laki jiran sebelah dah datang tolong betulkan paip bocor.

Boleh jelaskan secara rasional dan suami akan berbaik sangka, namun sedikit prasangka yang tinggal 1% tu pun akan buat hidup tak bahagia sampai bila-bila. Jangan mula. Suami jangan mula, isteri jangan mula.

RUMAH TANGGA BAHAGIA

Baca juga: 3 Perkara Yang Isteri Boleh Buat Jika Suami Tak Nak Ceraikan, Wajib Tahu Ini

8. Untuk kenikmatan rumah tangga, fitrah fizik pun menetapkan lelaki perlu keras dan wanita perlu lembut. Isteri suka lelaki yang lembik “I ikut you lah yang” hanya seminggu dua kahwin.

Tapi kalau dah 5 tahun kahwin, suami tak pernah nak buat keputusan semuanya “ikut you lah yang”, tak lama lah tu rumah tangga. Isteri perlukan suami yang mampu buat keputusan, bukan suami yang tiada autoriti. Itulah suami yang firm, padu, keras disukai isteri sendiri.

9. Memang zaman sekarang, perempuan belum bernikah dah bersiap jika bercerai. Siap saving rahsia, rumah atas nama sendiri, laluan kerjaya dan macam-macam lagi sehingga tidak merasakan kebergantungan kepada suami.

Tak salah perempuan buat begitu kerana dah lazim sangat isteri jadi mangsa dan akhirnya melarat bawa diri bila suami menghilang.

Tak salah mereka buat persiapan namun jika niatnya sampai buat hilang rasa kebergantungan kepada suami, itu tanda rumah tangga sangat rapuh.

10. Sentiasa rendahkan ego untuk mengaku silap tak kira suami atau isteri. Suami dan isteri yang baik adalah yang mudah mengakui kesilapan dan bertanggungjawab membuat islah (pembaikan).

11. Rumah tangga adalah komitmen mutual. Balik pada akad asal. Suami imam, isteri dan anak makmumnya. Ramai pandai buat yang ini tapi maqasidnya mereka lupa.

Imam tentukan nak baca surah apa, makmum ikut sahaja pun dah sah. Tak perlu protes apa yang imam baca. Imam rukuk kita ikut rukuk, imam sujud kita ikut sujud.

Dalam kehidupan juga sama, banyakkan mengikut imam daripada buat hal sendiri-sendiri untuk lebih bahagia. Namun imam juga boleh ditegur sekiranya tersilap bacaan atau keluar dari fekahnya. Sama dalam kehidupan, selagi suami tidak terkeluar dari landasan agama, support dia.

12. Tiada BFF selain pasangan kita. Tiada soul mate selain pasangan kita. Masalah dengan suami, cerita dengan suami untuk sama-sama cari penyelesaian.

Gagal dapat penyelesaian, terus rujuk dengan wali nikah. Wali nikah ini bukan hanya masa nak nikah sahaja, tetapi wali itu sepanjang hayat pernikahan itu.

Wali itu biasanya orang tua kita, boleh dijadikan rujukan sekiranya perbincangan suami isteri temui kebuntuan. Wali jangan pula siram minyak. Sepatutnya jadi jaksa pendamai bukan tambah kuah.

13. Sentiasa jadikan zikir bahawa isteri kita yang terbaik, suami kita yang terbaik. Orang laki satu hal, once dah kahwin sahaja, nyonya sayur pun nampak lebih cantik daripada isteri.

Lihat lah kepada pengorbanan masing-masing dan hargainya, itulah botox paling berkesan. Sekalipun muka dah macam nyonya, tetap princess di mata suami.

Semoga tips di atas dapat memberikan kebahagian dan keharmonian hingga akhir hayat.

Baca juga: Confirm Tak Cari Lain, Ini 29 Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

Sumber: Facebook Saiful Nang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×