Famili

#ProjekMimpi: Dari Kerja Kilang Jadi Pilot, Kisah Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi Kehidupan

38
SHARES
INSPIRASI KEHIDUPAN

Kisah inspirasi kehidupan di bawah ini boleh dijadikan ilham untuk masa hadapan. Hal ini kerana menurut Mohd Ezairol Rezan Zainol di laman Facebooknya, kesusahan hidup bukan alasan untuk malas berusaha.

Memulakan pekerjaan pertama dengan gaji sebanyak RM300, ternyata ia bukan penghalang untuk dia berjaya sehingga mendapat kerjaya sebagai juruterbang.

Baca juga: #ProjekMimpi: 8 Kelebihan Tunaikan Solat, Hidup Lebih Tenang & Tak Gelisah

DARI KERJA KILANG JADI PILOT, MEMANG INSPIRASI KEHIDUPAN

INSPIRASI KEHIDUPAN

Dulu keluargaku hidup susah. Serba serbi dalam kekurangan. Kadang-kadang makan pun bercatu. Lauk telur goreng biasanya dipotong dua, kongsi makan dengan adik beradik yang ada. 

Aku adalah anak sulung dari 6 adik beradik. Sebagai anak sulong, Aku menyaksikan segala keperitan dan kepayahan mak dan ayah membanting tulang dalam membesarkan aku dan adik-beradik. 

Arwah bapaku adalah seorang bekas askar tidak berpencen. Mak aku pula adalah seorang surirumah sepenuh masa.
Selepas berhenti dari askar, arwah bapaku mencari rezeki dengan menanam sayur. Ibuku pula membantu dengan mengambil upah jahit baju dan menoreh getah. 

Masih aku ingat, masa sekolah dulu aku jarang makan dekat kantin sekolah sebab duit sekolah aku cukup-cukup beli kuih dan tambang bas saja. Kalau teringin nak beli nasi lemak atau mee kari dekat kantin tu memang kena kumpul 2 hari duit sekolah baru cukup. Selalunya aku bawa bekal saja dari rumah. 

Selepas SPM tahun 1996, aku bekerja sebagai operator kilang di Machap Johor. Itulah pengalaman pertama aku bekerja untuk mencari duit sendiri. 

Gaji basic aku masa tu RM300 sebulan, campur dengan OT dapatlah dalam RM400 camtu. Kerjanya agak penat, hampir 13 jam sehari dan setiap masa kena berdiri.

Lepas result SPM keluar, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kampus di jalan Gurney, dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. 

Jalan Gurney sekarang sudah ditukar nama ke jalan Semarak. Banyak juga kena guna duit masa mula-mula nak daftar masuk ke UTMKL dulu. Kalau tak silap Aku dalam seribu lebih juga untuk bayar yuran dan asrama penginapan. Kalau nak harap duit gaji kerja kilang saja memang tak cukup. 

Masa tu lah aku rasa sangat sebak dan bersalah bila mana melihat mak terpaksa korek tabung simpanan duit upah menjahit dia semata-mata nak tengok aku masuk universiti. Sampai sekarang aku masih ingat lagi masa mula nak lapor diri di UTMKL. Betapa gembiranya wajah mak tengok aku nak masuk universiti.

Sepanjang 3 bulan pertama di universiti, hampir setiap hari aku makan mee segera sebagai makan malam. Natijahnya, suatu hari aku telah diserang migrain dan sakit kepala yang teruk ketika kuliah.

Aku mula buat kerja part time sebagai security guard. Gigih kumpul duit sebab taknak susahkan keluarga di kampung. Nasib baik la dapat duit biasiswa JPA masa tu. Bolehlah survive sikit-sikit…

BERJAYA JADI JURUTERBANG PDRM

INSPIRASI KEHIDUPAN

Kehidupannya berubah apabila mendapat pekerjaan sebagai inspektor pada tahun 2021. Setelah beberapa tahun bergelar inspektor, rezeki sekali lagi berpihak kepadanya apabila dia terpilih menjadi juruterbang PDRM.

Lepas habis diploma, aku dapat kerja sebagai technician dekat kilang yang terletak di Sri Gading Batu Pahat Johor. Kerjanya adalah repair viewcam. Aku masuk kerja masa tu dengan gaji basic RM970 sebulan. 

Satu hari tu ada terbaca iklan jawatan kosong bagi pengambilan inspektor untuk tahun 2001. Gaji basic masa ini adalah RM1106 bagi lulusan diploma kejuruteraan.  

Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Aku berjaya dalam temu duga pengambilan tersebut. Selepas tamat latihan asas kepolisan yang berjalan selama setahun, sekali lagi tuah memihak kepadaku. 

Aku berjaya melepasi saringan ketat ujian pemilihan bagi pengambilan juruterbang baru PDRM. Syukur tak terkata kerana telah terpilih untuk menjadi seorang juruterbang Polis Di Raja Malaysia. 

Aku menjalani Kursus Asas Penerbangan (PPL) di Ipoh Perak dan kemudiannya (ATPL) di MFA Melaka pada tahun 2005. Akhirnya, aku berjaya mendapatkan lesen penuh penerbangan pada tahun 2007. 

Pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan yang telah berjaya aku harungi sebelum berjaya bergelar sebagai juruterbang. Aku telah berkhidmat selama 18 tahun dalam pasukan PDRM dengan pangkat terakhir sebagai Superintendent Polis. 

Bagi aku, tidak lengkap kiranya kerjaya sebagai juruterbang ini jika tidak dapat merasa membawa pesawat besar seperti Boeing ataupun Airbus. 

Kawan. Sememangnya hidup ini keras, hanya yang kuat dan tidak mudah mengalah sahaja akan menang dalam perlumbaan mengejar kejayaan. 

Untuk orang muda dan adik-adik di luar sana, tiada formula yang mudah untuk berjaya. Bukan senang nak senang tapi amat senang untuk susah jika kita mudah menyerah kalah. 

Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa Tawakal. Bermulalah dari bawah, cari ilmu dan pengalaman supaya kita kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran. Fokuslah dalam mencari ilmu untuk membina asas masa depan kita.  

Hanya diri sendiri yang boleh menolong dan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah pergi. Aku percaya kita semua boleh! 

Percayalah pada Qada dan Qadar. Rezeki itu datang dari Allah SWT. Dia yang pegang kunci pintu rezeki untuk semua hambaNya.

Sabar adalah kunci kepada kejayaan setiap insan bernama manusia.

Baca juga: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah Kongsi 35 Cara Baiki Hidup Dan Diri, Jangan Jadi Malas!

Sumber: Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×