Asuh

Cara Semakan Penempatan Tahun 1 & Prasekolah KPM Bagi Sesi 2021

5K
SHARES

Makluman bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak bagi kemasukan Prasekolah dan Tahun 1 di Sekolah KPM Tahun 2021, anda boleh membuat semakan penempatan berdasarkan tarikh dan maklumat berikut.

 

A. SEMAKAN KEPUTUSAN DAN RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM TAHUN 2021

Cara semakan adalah seperti langkah dibawah:

Tarikh Semakan Penempatan Prasekolah KPM Tahun 2021

Bermula 5 Ogos 2019 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/

1. Log Masuk

Mula-mula pergi ke laman web E-Prasekolah dan log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.

2. Semak Keputusan Penempatan

Semak sama ada keputusan penempatan berjaya seperti yang diminta semasa permohonan.

Jika berjaya, buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke prasekolah bagi proses perakuan.

3. Buat Rayuan Jika Perlu

Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020.

Sila rujuk manual pengguna untuk panduan di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon atau email ke [email protected]

 

B. SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI KEMASUKAN 2021

Penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi Sesi Kemasukan 2021 akan dibuka mulai 1 Ogos 2020 kepada semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai pada 1 Oktober 2020.

Semakan penempatan Tahun 1 ini boleh dibuat di laman sesawang https://public.moe.gov.my mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan tadi.

Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon.

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan di halaman INI.

Most Popular

To Top
×