Kewangan

Cara Daftar Akaun Tabung Haji Online Guna THiJARI. Senang Nak Semak Baki & Transfer Duit

76.5K
SHARES

Mulai 5 Februari 2020, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu “THiJARI” https://www.thijari.com.my untuk nemudahkan para pendeposit TH.

Dengan laman web ini, pendeposit boleh

  • menyemak akaun
  • mencetak penyata akaun
  • membuat pindahan wang
  • membuat urusan perkhidmatan Haji
  • melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.

Untuk menggunakan perkhidmatan THiJARI ini, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.

Mudah kan?

Jom ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini secara terperinci.

Cara Daftar Tabung Haji Online Menggunakan THiJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

3 langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:

1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).

2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.

3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi.

Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI THIJARI

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem THiJARI adalah seperti berikut:

1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2. Urusan Haji

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati.

Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.

Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

pengalaman haji

3. Kelab Taha/Taha@U

Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.

PERTANYAAN LANJUT

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

Dividen tabung haji 2018

Sempena pelancaran ini, Kempen #simpandaftardanmenang turut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pendeposit berumur 18 tahun ke atas memenangi hadiah wang tunai dan pakej umrah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM300,000.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, hubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919.

Turut hadir adalah Pengurusan Kanan TH, wakil-wakil anak syarikat TH dan rakan-rakan media.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×