Percutian

Cara ‘Bungkus’ Baju Anak Ikut Hari Ketika Pergi Bercuti, Jimat Ruang Kereta & Tersusun

4.5K
SHARES

Bila tiba musim cuti sekolah, pastinya ibu-bapa akan bawa anak-anak pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek mereka. Tapi, perkara yang merunsingkan para ibu adalah untuk ‘pack’ baju anak kerana kekangan ruang di dalam kereta. Jadi, ibu ini kongsi cara untuk pack baju anak mengikut tarikh dan hari supaya dapat jimatkan ruang dan lebih teratur.

BUNGKUS BAJU IKUT TARIKH

Ok meh kakak nak cerita sikit. Ni cara kakak pack baju untuk balik raya. Idea cousin jugak ni. Tq che ani Wan Rosnita Junoh. Baju-baju ni dibungkus mengikut tarikh & siang atau malam. Tujuannya untuk menjimatkan ruang simpanan dalam kereta. Kat sini ada bungkusan :

22hb siang

22hb malam

23hb siang

23hb malam

24hb siang

24hb malam (malam raya)

25hb siang (hari raya)

25hb malam

26hb siang

Baju seluar extra Alya

Baju seluar extra Auni Naufa & Najlaa

CARANYA

Kau kena bawa sebuah beg kecik sebab nanti kau perlukan beg tu untuk angkut bungkusan ke dalam rumah / hotel / homestay ikut tarikh baju yang kau nak pakai. Bungkusan letak mana? Kakak letak bawah setiap seat, dalam tempat simpan tayar spare & kat mana je kakak boleh selit. Yang penting tak nampak kat mata, semak. Susun pun kena ikut tarikh tau. Supaya tak tercari-cari.

Kakak pakai Alza je, makanya semua seat tu boleh baringkan & letak segala macam comforter untuk keselesaan anak-anak kakak. Sebab kami biasanya gerak pagi-pagi buta waktu anak-anak tido. Comforter & bantal bukan saja-saja bawak sebab anak nak tidur je tau. Tapi bila balik kampung ramai-ramai, mesti ada masalah kurang bantal & selimut kan? Tu lah gunanya. Ok tu je la kot yang kakak boleh kongsi kat sini. Sesuai la untuk keluarga sederhana besar macam kami ni. Baju ibu kat mana?

Baju ibu dalam beg sebab baju ibu besar, susah nak bungkus-bungkus gitu. Tapi tetap jugak menjimatkan ruang. Yang penting bawa baju nak pakai, tetap ikut tarikh tu. Jangan bawa almari, memang tak muat kereta la. Beg untuk barang-barang mandian, beg mekap, accessories tu buat seminima yang mungkin. Biar apa yang kita bawa tu berguna, jangan yang tak berguna pun bawa jugak. Semoga bermanfaat.

Nota kaki : bungkusan tu kecik je sebenarnya tau. Jangan pakai plastik besar. Sebab anak 4 orang, dalam sebungkus tu ada 4 pasang pakaian je la.

Sumber: Ellie Syahhidah Abd Rahman

Most Popular

To Top