Sihat

Petua Atasi Letih & ‘Maintain’ Susu Badan Di Bulan Puasa Dengan Jus Kurma Susu

13.5K
SHARES

“Penatnya nak puasa masa mengandung ni. Rasa pening-pening lalat setiap kali berdiri lama. Risau pun ada juga, takut membahayakan bayi dalam perut. Dengar-dengar kalau minum jus kurma susu bagus untuk keadaan begini. Tapi, bagaimana cara buat jus kurma susu tu? Campurkan saja semua ke?”

Seperti yang kita tahu, kurma memang mengandungi terlalu banyak khasiatnya.

Ia dapat meningkatkan tenaga dalam 30 minit selepas memakannya. Sebab itulah umat Islam amat dianjurkan memakan buah kurma terlebih dahulu semasa berbuka puasa.

Kurma terkenal sebagai ‘superfood’ nombor satu di dunia. Pelbagai buktinya telah dilaporkan melalui jurnal dan kajian ilmiah.

Lebih-lebih lagi apabila dicampurkan dengan susu, maka segala khasiat susu dapat bergabung dengan kurma. Selain itu, ia turut menambahkan kesedapan minuman ini.

Kurma & Susu, Gabungan Makanan Terbaik Untuk Atasi Letih

Kurma bersifat anti-kanser dan kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma juga adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Susu pula mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, menguatkan badan, serta membantu pembentukan tulang. Pengambilannya membantu proses penyerapan vitamin dan mineral dengan lebih berkesan. Sebab itulah ia merupakan gabungan terbaik bersama kurma!

Malah, ada yang mendakwa mereka yang dahulu sering mengalami gastrik kini sudah dapat berpuasa kerana mengamalkan minuman jus kurma susu.

Ternyata, bukan saja ibu mengandung dan menyusu badan boleh menikmati minuman ini, tetapi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah anak-anak, agar lebih bertenaga sepanjang bulan Ramadhan.

Foto Kredit: 24baby.nl

Foto Kredit: 24baby.nl

Cara Buat Jus Kurma Susu. Langkah Demi Langkah

Begini kami kongsikan cara buat jus kurma susu. Mudah, hanya guna 3 bahan saja!

Bahan:

  • 7 butir kurma, buang bijinya (untuk 1 gelas)
  • Air kosong secukupnya
  • Susu segar, susu UHT, atau susu kambing
    * Tidak digalakkan memakai susu tepung atau susu pekat
cara buat jus kurma susu 7

Ini 3 bahan yang diperlukan. / Foto Kredit: janoubna.com

Caranya:

1. Buang biji kurma

Asingkan kurma daripada bijinya. Bijinya ini banyak khasiat juga. Kalau rajin anda boleh keringkan dan jadikan kopi.

cara buat jus kurma

Foto Kredit: ohnuts.com

 

2. Rendamkan

Rendam di dalam air kosong hingga menutupi permukaan kurma yang paling atas. Biarkan ia semalaman, kira-kira dari waktu Isyak hingga waktu sahur. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk atau dalam suhu bilik.

Air rendaman kurma ini juga bagus diminum begitu saja. Ia digelar air naqi’ atau ada yang menyebutnya air nabeez. Sangat sesuai untuk detoks!

 

3. Campur dengan susu

Ketika bangun sahur, campurkan kurma yang terendam tadi beserta air rendamannya bersama susu secukupnya.

 

4. Kisar

semuanya hingga halus menggunakan blender.

cara buat jus kurma susu

Foto Kredit: ohnuts.com

 

5. Siap!

Minum setelah makan sahur. Kalau nak nampak lebih berselera, boleh tambah topping seperti kacang almond cincang, atau serbuk kayu manis.

Jika ingin meminumnya lagi semasa berbuka puasa, kurma boleh direndam lagi apabila selesai bersahur.

*Bagi yang alah atau tidak suka dengan susu, boleh juga menggantikan dengan yogurt asli. Tetap lazat!

cara buat jus kurma susu

Foto Kredit: farmilly.com

Tambahkan Kreativiti Sendiri Mengikut Selera Anda

Mudah bukan cara buat jus kurma susu ini?

Kalau nak lebih kreatif, anda boleh menambahkan gabungan buah-buahan lain yang berkhasiat seperti pisang, prun, atau kismis.

Ia akan turut menambahkan tekstur dalam minuman tersebut dan sedikit rasa masam-masam manis yang enak.

Herba seperti serbuk hirisan halia, bunga lawang, atau biji halba juga boleh ditambahkan bagi yang sukakan perasa eksotik.

Untuk pengetahuan anda, halba adalah ‘milk booster’ yang sangat berkesan!

Cubalah amalkan meminumnya selalu.

Mudah-mudahan dapat membantu anda tampil lebih bertenaga sepanjang hari!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×